Kuala Lumput kotaraya ke 4 terbaik dunia untuk shopping

on Tuesday, November 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Kuala Lumpur disenaraikan sebagai kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global CNN, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

 Beliau berkata dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London. Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

 "Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman. "Kuala Lumpur meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian dan 10 mata bagi pengalaman," tambah beliau. New York meraih 35 mata, diikuti Tokyo (34) dan London (31).

 Dr Ng berkata, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.

 Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland.- Bernama


*** Jalan TAR &Masjid India merupakan penyumbang terbesar harga murah untuk shopping di KL  ..hahaha...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.