Rajagopal tak kisah pandangan orang ,tahu kemampuan pemainnya

on Friday, November 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagobal menegaskan beliau tidak tertekan walaupun tewas kepada Vietnam dan Thailand baru-baru ini.

Dalam perlawanan persahabatan dengan Vietnam, Harimau Malaya tumpas 1-0 dan yang terkini, Thailand berjaya menang 2-0 ke atas Malaysia. Walaubagaimanapun Rajagobal tetap bersikap positif dan menggesa para penyokong untuk tidak bimbang dan berpendapat pasukannya masih mempunyai kelebihan menjelang Piala Suzuki nanti.

"Saya tidak tertekan, setiap pasukan masih mempunyai peluang. Tidak dinafikan Thailand dan Vietnam jauh berbeza berbanding dua tahun yang lalu.

"Namun, itu memberi kelebihan kepada kita untuk lebih bersedia sekiranya bertemu mereka di suku akhir nanti," kata Rajagobal. Tambahnya lagi: "

Semua pasukan mempunyai peluang untuk menang, begitu juga dengan kita, tetapi kita perlu segera sedar dengan kesilapan yang dilakuakn, kalau tidak susah."

 Penyokong-penyokong Harimau Malaya mula bimbang dengan aksi kurang memuaskan skuad negara namun beliau menggesa semua untuk bertenang dan terus yakin dengan pasukan. "

Saya tak kisah pandangan orang. Tidak perlu panik dan risau. Sebagai jurulatih saya tahu resipi ada pada saya dan saya tahu kemampuan pemain-pemain saya.

"Apa-apa pun, saya tetap yakin mereka mampu memberikan yang terbaik bila sampai waktunya," katanya lagi.


Komen GPB

Kalau dia sebagai coach relaks je & tak panik lagi  dengan situasi 2 kekalahan ini , tak tahu la nak cakap apa lagi.

Entah apa lagi resepi yang dia ada untuk pastikan pemainnya memberikan persembahan terbaik di kejohanan yang semakin hampir ini .

Ingat Rajagopal .setiap kata-kata anda  hari ini kita simpan.  Kita akan lihat  kemampuan pemain anda di AFF 2012 nanti .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.