Malaysia kena badi belasah perlawanan pertama #AFFSuzukiCup

on Monday, November 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kecewa ...semua rakyat Malaysia  kecewa dengan kekalahan dibelasah musuh tradisi Singapura di perlawanan pertama AFF Suzuki Cup 2012 di Bukit Jalil sebentar tadi .

Eksprimen lagi ??  Seperti kata pengulas RTM ,  Hafizal Hamad , harap ini kata-kata terakhir Rajagopal .

Prestasi   skuad negara masih belum nampak di tahap  sebenar mereka . Adakah belum lambat panas lagi seperti Piala AFF Suzuki 2010 ?  Dibelasah 5 -1 dulu  oleh tuan rumah Indonesia ..Kali ini episod ini berulang bila mana kita selaku tuan rumah dibelasah 3 -0 oleh Singapura.

Tak tahu la mungkin Harimau Malaya ini  kena badi belasah  game pertama kot di AFF Suzuki Cup ni ..

 Bagi GPB , persembahan pasukan Temasik ini   tak la  sehebat mana pun cuma kesilapan  kita sendiri  sahaja memberi gol mudah kecuali gol pertama mereka.

Apapun GPB masih lagi menaruh keyakinan kat Harimau Malaya .. kita masih lagi ada 2 game  lagi yang wajib menang .

Sejarah AFF Suzuki Cup  ini pernah membuktikan pasukan bergelar  juara telah  tewas dahulu perlawanan pertama iaitu pada 2008 ( Vietnam ) dan 2010 ( Malaysia ) .

Atas nama rakyat Malaysia ...GPB masih lagi percaya Harimau Malaya mampu MENGAUM semula !!






Dulu Sharbinee Alawee buat mistake , kali ini giliran Apek pulak ...







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.