Rajagopal serius janji perubahan #HarimauMalaya bertemu Laos

on Tuesday, November 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Selepas tewas 3-0 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF Ahad lepas, pasukan tuan rumah kini mesti mendapatkan kemenangan bertemu Laos dan Indonesia untuk mara ke separuh akhir.
Rajagobal berkata, perlawnanan dengan Laos sangat penting dan pasukan kini hanya fokus untuk menang.
"Laos adalah satu pasukan yang mempunyai semangat yang kuat. Kami telah menyaksikan perlawanan mereka dengan Indonesia. Mereka juga berdisiplin dan serangan balas mereka tidak kurang hebatnya jadi kami harus berwaspada," katanya kepada media.
Beliau juga memberitahu akan terdapat beberapa perubahan dalam pasukan esok namun enggan menyatakan perubahan itu.
"Kami telah menjalani sesi latihan yang baik semalam. Saya telah memberitahu pemain bahawa saya serius dan mereka kenal saya.
"Semestinya terdapat perubahan dalam pasukan esok dan perubahan ini harus dilakukan." jelasnya.
Apabila ditanya jika beliau kecewa dengan kritikan dari pelbagai pihak terhadapnya dan pasukan, beliau berkata:

 "Kami harus menerima kritikan. Saya faham semua orang kecewa dan sebagai jurulatih, saya paling kecewa.
"Memang saya tak jangka tewas dengan Singapura tetapi anda mahu saya bimbangkan perlawanan itu atau fokus perlawanan seterusnya? Saya seorang pejuang dan optimistik.
"Semua mesti ingat, mereka harus menghargai pasukan ini kerana pasukan inilah yang pertama menjuarai Piala AFF Suzuki untuk Malaysia."
Ramai penyokong telah kecewa dengan kekalahan Malaysia Ahad lepas, namun beliau berharap sokongan akan terus diberikan.
"Kami perlukan penyokong. Saya sangat patriotik tentang pasukan saya dan negara."
Sementara itu, jurulatih Laos, Kokichi Kimura akui bukan mudah untuk bertemu Malaysia namun berharap ia akan menjadi satu perlawanan yang baik.
"Saya jangkakan satu perlawanan yang sukar dengan Malaysia. Mereka akan memberikan tekanan kepada kami kerana sebagai tuan rumah mereka mesti ingin menang." katanya.
"Kami masih mempunyai banyak peluang untuk mara. Terdapat sedikit perubahan taktik ketika bertemu Malaysia nanti kerana mereka berbeza dengan Indonesia.
"Saya tahu Malaysia akan berikan 100 peratus, jadi Laos mesti beri 110 peratus nanti," tambahnya.


One Response

  1. MalizaMah says:

    KAMI AKN HADIR UTK MENYOKONG DATUK K.RAJAGOBAL ... PASTIKAN MUTU PERSEMBAHAN ESK.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.