HAMAS hargai sokongan UMNO bantu rakyat Palestin #PAU2012

on Tuesday, November 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



– Hamas amat menghargai jalinan yang dilakukan oleh UMNO dalam melaksanakan usaha mengembling rakyat Malaysia untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menggerakkan bantuan kemanusiaan. 

Ketua Hubungan Antarabangsanya, Osama Hamdan menyatakan bahawa keseluruhan anggota dalam UMNO memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestindi Semenanjung Gaza.

 “Sebagai sebuah parti Islam, UMNO sentiasa bersikap terbuka dan menghulurkan tali persaudaraan dengan semua bangsa apatah lagi yang beragama Islam termasuklah perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

 Jelasnya, keseluruan anggota dalam UMNO memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin, menyokong perjuangan Islam, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas dan mempunyai hubungan yang baik dengan keseluruhan rakyat Palestin tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

 “UMNO dan rakyat Malaysia melalui kepimpinannya Presiden parti yang juga Perdana Menteri sentiasa mengharapkan situasi dalam negara bergolak akan aman.” Hamas adalah antara 23 parti politik yang hadir dalam Forum Antarabangsa bertajuk ‘Budaya Demokratik Baharu Dalam Landskap Politik Sekarang’ sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung selama dua hari di PWTC bermula hari ini. 

Turut hadir bersama beliau ialah Dr. Khaled Qadomi dari Jabatan Hubungan Antarabangsa selain Al-Fatah yang dianggotai oleh Dr. Abdullah M.I. Abdullah dan Heyam M.A. Saada. – MediaUMNO



*** Itu pun Ostazah segera hamPAS   kata apa pemimpin UMNO buat bantu Palestin ?



2 Responses

  1. Alhamdullilah. Allah Selamatkan UMNO!

  2. Alhamdullilah. Allah Selamatkan UMNO!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.