Nenek ambil peperiksaan SPM wajar dijadikan contoh !

on Wednesday, November 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Di Yan , Kedah , penantian seorang nenek tiga cucu untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 40 tahun lalu, tercapai semalam.

Hasanah Abdullah, 55, menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, sebagai calon persendirian.

 Hasanah ketika ditemui menyifatkan ia detik paling bersejarah dalam hidupnya selepas beberapa kali gagal untuk mengambil peperiksaan yang ketika itu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education (MCE) kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga enam adiknya selepas kematian ibu ketika berusia 15 tahun.


Komen GPB

Walaupun sudah bergelar nenek , tapi  kerana tekad & usaha ingin memiliki sijil peperiksaan SPM  akhirnya beliau berjaya juga menduduki peperiksaan hari ini.

Bayangkan dalam usia 55 tahun , beliau berusaha juga berlajar sendiri semata-mata mahu sijil SPM . Usaha beliau wajar dijadikan contoh kepada segelintir  anak remaja Melayu yang malas berlajar & tidak menamatkan persekolahan . .





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.