Kerana bergambar ini , PAS reject Nasha tanding di Bachok PRU 13 !

on Saturday, August 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang. Ganti calon lain Katanya, kemunculan bekas Timbalan Presiden PAS bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah, Rabu lalu, langsung tidak memberi kesan kepada parti itu kerana pengundi PAS di Bachok sudah menolaknya.

“Pada pandangan kita (PAS Kelantan), kemunculan beliau (Nasharudin) bersama Najib sempena mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak memberi kesan kepada parti walaupun akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.



“Nama Nasharudin tidak termasuk dalam senarai (calon) yang diangkat baru-baru ini dan kita dimaklumkan bahawa pengundi di kawasan itu sudah mencadangkan beliau digantikan dan desakan ini dibuat sebelum Nasharudin bersama Najib di Makkah.

“PAS Kelantan sudah ada beberapa calon yang dilihat sesuai menggantikan Nasharudin, namun keputusan muktamad di tangan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya kepada BH selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini, semalam.   – Berita Harian Online


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Memang benar tindakan Nasha tidak memberi kesan...dan bagitulah juga dengan tindakan memecat Dr.Hassan tempoh hari. Hari ini apa sudah jadi kepada pas hasil dari pemecatan Dr Hassan?, beranikah pas pecat Nasha, mengapa pas tidak berani pecat Nasha, kalau berani dan tidak memberi kesan kepada pas.. pecatlah dia sekarang....

  2. Anonymous says:

    Laaa... UMNO ketinggalan tongkang hanyut bawak Mahathir ke Malaysia. Nasa ni dah lama direject di dalam PAS sejak bersekongkol dengan Hassan Akidah Beras Jati kesayangan UMNO.

  3. Anonymous says:

    JIKA KITA KECIL TAPI KITA RASA KITA BESAR
    JIKA KITA BERPARTI TAPI KITA BERTINDAK SENDIRI
    KEPADA KETUA KITA TIDAK HORMAT LAGI
    PETANDA KITA BERSEDIA UNTUK DIAPA-APAKAN
    JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN KERANA KITA SENDIRI TIDAK PERNAH RASA BERSALAH

    HIDUP BERPARTI TIDAK SAMA HIDUP SENDIRI
    BICARA PERIBADI HARUS HATI-HATI
    KENYATAAN POLITIK ADALAH KENYATAAN PARTI
    SETIAP GERAK GERI AKAN DINILAI BUKAN KERANA IRI
    DASAR PARTI PERLU DITURUTI

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.