Filem Tanda Putera dilabel rasis oleh Pakatan , semarak perkauman !!

on Friday, August 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pihak mengkritik filem Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi berkata, individu yang ingin memberi sebarang komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem berkenaan terlebih dahulu dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton. "Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas.

Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya. "Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Khamis.



 Shuhaimi diminta mengulas komen Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada Selasa lalu yang meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum. Mustafa mendakwa tema filem tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

 Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.

 "Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya. "Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti," ujarnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.