Barack Obama ucap Selamat Hari Kemerdekaan kepada Malaysia

on Thursday, August 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat (AS) mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara esok. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, AS dan Malaysia berkongsi ikatan kekeluargaan dan persahabatan dengan tahun ini kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-50 program Peace Corps di Malaysia.

 “Program ini telah meletakkan asas persahabatan dan muhibah antara rakyat kita. Kami bangga dengan Program Fulbright Pembantu Guru Bahasa Inggeris kami yang membawa bakat anak muda Amerika membantu mengajar bahasa Inggeris di sekolah Malaysia,” katanya.



 Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media seperti yang disiarkan oleh Pejabat Jurucakap Jabatan Negara AS di sini hari ini. Hillary Clinton berkata, beliau berharap Malaysia dan AS dapat bekerjasama mengembangkan perdagangan, pelaburan dan hubungan pendidikan serta kebudayaan bagi membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara

 “Sewaktu anda menyambut hari istimewa ini, AS adalah rakan kongsi dan teman anda. Saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia di seluruh dunia Selamat Hari Merdeka,” katanya lagi. – mynewshub.my


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.