DAP dalang kejayaan Selangor jadi syurga urut !

on Thursday, August 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dakwaan bahawa Selangor kini dilanda kebanjiran pusat urut dan hiburan berkemungkinan besar merupakan satu kejayaan untuk DAP. Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini, DAP dipercayai berazam mahu menjadikan negeri itu seperti Macau di China, justeru sudah pasti menerusi laporan itu ia tidak memberi kesan langsung kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.


 “Pemerintahan pakatan pembangkang telah berjaya menjadikan negeri itu sebagai syurga dunia untuk negara ini. Kita tidak perlu lagi pergi ke Hatyai atau Phuket untuk mendapatkan khidmat ‘mengurut’ kerana di Selangor semua ada. 

 “Lebih mengelirukan, proses menukar Selangor menjadi seperti syurga dunia itu disokong oleh tiga Exco dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas. Jika dahulu mereka ini menentang maksiat tetapi kini sama-sama bersekongkol, ” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Beliau mengulas dakwaan beberapa persatuan pengguna mengenai kebanjiran pusat urut dan hiburan di Selangor pada masa ini dan gejala tersebut seolah-olah bukti kerajaan negeri tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

 Hamidzun yang sememangnya bersetuju dengan dakwaan itu berkata, kebanjiran pusat urut yang berleluasa di negeri itu kebanyakannya berselindung di bawah pusat-pusat refleksologi dan hotel-hotel murah. Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula menggesa Kerajaan Selangor mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti semula kegiatan pusat-pusat urut yang didakwa beroperasi di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk.

 Kata beliau, di pihak Kerajaan Persekutuan pula, satu pemantauan dan pemeriksaan harus dilakukan ke atas setiap pusat urut yang diwujudkan bagi memastikan ia beroperasi secara sah atau tidak. “Setakat ini, saya sebagai wakil pengguna di Selangor masih merasakan kegiatan tersebut belum di tahap yang bahaya.

Bagaimanapun sebelum ia menjadi lebih teruk, diharap pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak segera. “Selain itu, daripada pemerhatian saya, pusat-pusat seperti itu kini bukan sahaja bertumpu di Selangor tetapi ia juga semakin hebat di Perak dan Pulau Pinang,” katanya – Utusan


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.