Kartunis gila pembangkang hina lagi negara sendiri !

on Tuesday, August 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Kartunis Zunar atau nama sebenar, Zulkiflee Anwar Haque yang sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi kali ini dilihat memperlekehkan Jalur Gemilang melalui hasil karya terbarunya.

 Kali ini, dia mendakwa bendera Malaysia adalah diciplak dari negara Amerika Syarikat. Dia turut menyatakan menerusi karyanya yang lagu Negaraku diciplak dari Indonesia.

 Dakwaan hampir sama dibuat ke atas lagu Janji Ditepati. Seperti biasanya, tindakannya itu didukung portal milik pembangkang, Malaysiakini.com. Kartunis ini seolah-olah seperti sengaja mencetuskan provokasi di kalangan rakyat Malaysia pelbagai fahaman politik.

 Secara keseluruhan, Zunar menzahirkan bahawa Malaysia adalah negara yang menyalin semuanya dari pihak lain. Tidak memberikan langsung sebarang pujian atas kejayaan negara selama ini. Perlukah selepas negara menuju era kemajuan dan mendapat penghormatan dari negara-negara jiran, rakyat negara ini sendiri mencari jalan untuk memalukan Malaysia?

 Ia dilakukan ketika hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk negara ini menyambut ulang tahun kemederkaannya. 

Apa inspirasi politik yang ingin dicapai dengan menghina negara sendiri?

 Apakah negara nenek moyang Zunar atau Anwar Haque (India) dapat memberikan yang lebih baik kepada dirinya? 

 Jika benar, mengapa keturunannya memilih untuk berhijrah ke negara ini? Mana pergi semangat cintakan negara dalam diri Zunar? 

 Anda lihat dan nilaikanlah sendiri. Ada benda-benda yang kita tak perlu buat dalam politik. Moga Zunar menemui apa yang ingin disampaikan itu suatu hari nanti tanpa perlu melakukan tindakan yang boleh disalah tafsir atau dilihat memalukan negara sendiri  - Mynewshub 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Siapa Zunar ni... tak kenal pun

  2. Anonymous says:

    Biasanya PEMBANGKANG kat mana-mana pun didunia ni,membangkang untuk membena nrgara!belainan dgn Malaysia,Diaorang ingat nak rampas negara bukan nak membena tapi menghina apa yang ada dan nak buat macam negara ini macam hak mak bapak mereka punya.Pembangkang macam ni ke yang raayat nak sokong?
    Betul juga dakwaan sesetengah pihak kalau Pembangkang memerentah kita bukan makin elok tapi makin celaru!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.