PANAS ! Dr Asri tak setuju hukum hudud ala PAS ???

on Thursday, August 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini. “

Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

 “Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

 Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat. “Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam.

Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak. “

Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

 Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut. “Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya


3 Responses

  1. Anonymous says:

    aku best hudud KELANTAN boleh LIWAT isteri ....fuyooooo ......

  2. Anonymous says:

    Islam itu mudah tapi bukan bermaksud boleh dipandang mudah. InsyaAllah hudud boleh di terima masyarakat kalo perlaksanaannya dibuat secara ilmiah dan menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Contohilah perlaksanaan sistem perbankan islam dan takaful. Bukan proses sehari dua atau bermusim sahaja. Bukan hasil usaha satu pihak sahaja. Seluruh lapisan masyarakat dan latarbelakang terlibat dalam proses pematangan kedua dua sistem tersebut. Semoga umat islam bersatu hati dalam menegakkan dan mempraktikkan nilai nilai islam di dalam kehidupan seharian. InsyaAllah. Namaku o.f

  3. Anonymous says:

    hukum hudud untuk org islam ala PASBERG....
    tp kalo kena pd pemimpin PASBERG, sahih terlepas..
    cuba tgk kes Mat Sapu bini ORG...????

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.