Salah dedahkan rahsia & maklumat bank - Persatuan Bank

on Saturday, August 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ni  Persatuan Bank-Bank Malaysia  mempertahankan Akta BAFIA yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak ekoran tuduhan dikenakan ke atas Rafizi Ramli selepas mendedahkan akaun bank milik NFC .

Mereka menegaskan kerahsiaan pelanggan adalah aspek paling asas dalam perhubungan antara bank dan pelanggan. Ia juga menjadi tunggak utama kewibawaan dan keyakinan terhadap sistem perbankan, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

 Justeru, beliau yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, berkata kerahsiaan pelanggan mesti dipelihara dan tidak boleh dikompromi sama sekali. Seksyen 97 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 jelas menegah seseorang pengarah atau pegawai mana-mana institusi kewangan berlesen atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada sebarang rekod memberi, mengeluar, mendedah atau menerbitkan kepada sesiapa sebarang maklumat atau dokumen berhubung akaun pelanggan tanpa kebenaran pelanggan terlebih dulu.

 Katanya, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, bank langsung tidak bertolak- ansur sebarang kegiatan pelanggaran kerahsiaan perbankan. “Kami tidak teragak-agak memecat serta-merta kakitangan didapati melanggar peruntukan berhubung kerahsiaan perbankan.” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.