HOT ! Pemimpin kanan pembangkang ditangkap kes sumbang mahram !!

on Wednesday, August 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram. Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan pada Isnin.

 Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur. "Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. 

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

 Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA


*** Siapakah pemimpin ini ??? Dari parti  PKR atau PAS yang bertanding  kawasan Jerantut ini ?? 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    inilah calon kepercayaan PR di Jerantut 2008 mewakili PKR dengan perolehan undi 5,165, beliau bertading 3 penjuru iaitu BN dpt undi 5,674 dan BEBAS 3,295 undi, bayangkan kalau orang seperti ini menang, apa akan jadi..., adik beliau juga bertanding kerusi Parlimen Jerantut, kalah juga.

  2. Anonymous says:

    inilah calon kepercayaan PR Jerantut 2008 mewakili PKR dengan perolehan undi 5,165, beliau bertading 3 penjuru iaitu BN dpt undi 5,674 dan BEBAS 3,295 undi, bayangkan kalau orang seperti ini menang, apa akan jadi..., adik beliau juga bertanding kerusi Parlimen Jerantut, kalah.

  3. Anonymous says:

    Mudah pulak dapat DNA dia ni......
    ANU..WAR punya payah gila tu nak dapat.
    Apa JIN dia guna pun x tau...
    JIN GAY kot.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.