War Room Pemuda akan dibentuk menjelang PRU 13

on Saturday, October 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemuda Umno akan membentuk 'bilik perang' Pemuda untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Di samping itu, katanya, pergerakan itu akan menukar strateginya dalam menghadapi pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, setelah mengalami beberapa pilihan raya kecil, pergerakan itu akan mengambil pendekatan 'menyerang' pembangkang.

"Kita tidak biarkan lagi Umno dicerca, cuba menabur fitnah tanpa mengira dosa.
"Lihat di Bagan Pinang, mereka mengisytiharkan jihad, tetapi ahli Umno berada di barisan hadapan untuk menjaga maruah parti," katanya ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC petang ini.

Pemuda Umno juga, katanya, akan mengadakan permukiman dengan ketua dan naib ketua Pemuda bahagian sebelum akhir tahun ini untuk membentuk semangat berpasukan dalam parti.

"Dalam pilihanraya Manek Urai dan Bagan Pinang, kita menang di saluran muda (pengundi muda). Ini disebabkan gerak kerja yang mantap dan tersusun untuk menambah undi dari golongan pemuda," katanya. "Kursus latihan itu untuk mencapai KPI (Kunci Indeks Pencapaian) yang ditentukan untuk menangkan selera anak muda," katanya.

Khairy berkata, pergerakan itu akan berkerjasama dengan biro politik yang diketuai oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggerakkan iltizam untuk mencapai misi menarik pengundi muda. klik di sini selanjutnya

Komen PB

PB menyokong cadangan oleh KP UMNO yang akan membentuk War Room Pemuda UMNO dan PB sedia membantu sebagai ahli Pemuda UMNO . Kita sekarang perlu Attack pembangkan dan pendekatan ini di Bagan Pinang kita telah nampak ia berhasil .

Kita tidak lagi mempunyai banyak masa seperti kata TPM dan sekarang adalah masa sesuai untuk kita menyerang mereka. Blogger2 Pro UMNO dan BN sudah lama menyerang puak2 Pakatan Haram ini malah menjawab segala tuduhan fitnah mereka ini di alam maya.

Hidup UMNO !!


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.