Gelombang Perubahan 1 Malaysia akibatkan PAS tenggelam di Bagan Pinang

on Sunday, October 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Harapan PAS dan Pakatan Haram yang mahu menjadikan PRK Bagan Pinang sebagai medan pencetus gelombang politik ketiga telah musnah dan hancur apabila ditewaskan oleh orang yang dikatakan pemimpin kitar semula oleh PAS iaitu TS ISA ABD SAMAD dengan majoriti besar iaitu 5,435 undi setelah memperoleh undi sebanyak 8,013 menewaskan calon PAS yang mendapat undi 2,578 .


Kemenangan besar ini adalah di luar jangkaan PB sendiri apabila BN mampu memperoleh undi majoriti 2 kali ganda berbanding undi majoriti semasa PRU 12.Ternyata pengundi di Bagan Pinang telah menolak PAS dan Pakatan haram secara total apabila semua peti undi termasuk 3 peti undi yang mereka menang dahulu juga tewas .

Walaupun PAS memainkan pelbagai isu termasuklah isu peribadi terhadap TS Isa termasuk lah isu politik wang yang dikenakan kepada beliau dulu. Jelas, ia tidak mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang yang jelas lebih mengenali TS Isa dan mengenangkan jasa-jasa beliau serta track record nya semasa beliau menjadi MB Negeri Sembilan dahulu.

Apakah alasan PAS selepas ini di dalam media mereka seperti harakah, siasah daily ,era konsep pakatan , dan malaysiakini selepas dimalukan di Bagan Pinang?

Kemenangan BN dengan majoriti besar ini berbanding kemenangan Pakatan di PRK lain jelas menunjukkan PAS dan Pakatan kini sudah ditolak oleh rakyat sendiri terutama pengundi muda yang sememangnya mereka harap undi dari golongan ini .Gelombang tsunami politik PRU 12 kini semakin lesu dan strategi pembangkang di setiap PRK kini sudah tidak berkesan lagi .

Kemenangan ini bukan sahaja diraikan di Bagan Pinang oleh malah penyokong UMNO di seluruh negara. Ucapan tahniah daripada rakan2 penyokong BN kepada PB menerusi sms tidak henti-henti sejak dari petang tadi .


Ulasan Pemimpin BN dan TS ISa Samad

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan ini. Bagi saya, faktor kemenangan setakat ini adalah orang dah yakin semula kepada BN.

"Ini petanda baik bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Ini menunjukkan rakyat dah kembali yakin bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan negara walaupun kita akui ada sedikit masalah tapi ia mampu diselesaikan,"Tan Sri Isa Samad


"Kemenangan besar bagi Tan Sri Isa merupakan satu signifikasi sokongan rakyat terhadap BN keseluruhannya."Kemenangan dengan majoriti yang lebih besar menunjukkan rakyat benar-benar inginkan perubahan. Tan Sri Muhyidin Yassin


"The majority of the Indian voters in Bagan Pinang voted for Barisan Nasional, We (the MIC) have kept our promise to the prime minister (Datuk Seri Najib Razak) by delivering the Indian votes to the BN. This was his KPI to the MIC,” Datuk Seri S Samy Vellu said



ALHAMDULILLAH di atas kemenangan besar ini. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang kerana memberi kemenangan besar kepada BN. Tahniah kepada semua blogger-blogger pro-BN dan petugas-petugas BN terutama di Bagan Pinang sendiri di atas kerja kuat anda bagi memastikan kemenangan besar ini. Terima kasih..

Kepada rakan-rakan blogger ,kita jumpa di Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ..


Pejuang Bangsa

Generasi Pejuang Bangsa





One Response

  1. PAS dah meloPAS...tapi duk menyalak lagi..bila nak berhenti tah..!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.