Nizar tengok !! : PRK Bagan Pinang - PAS cari alasan bila kalah

on Friday, October 2, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pas dakwa 70 peratus pengundi pos pesara tentera

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa 70 peratus daripada 4,604 pengundi pos yang berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, adalah anggota tentera yang telah bersara dan tidak lagi tinggal di kawasan itu, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali

Berikutan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula kaedah atau mekanisme yang boleh diambil dalam menangani isu tersebut bagi mengelakkan timbulnya persoalan sama ada daftar pemilih itu benar-benar bersih atau sebaliknya.

"Melalui semakan yang dibuat, kita dapati mereka (pengundi pos) yang benar-benar tinggal di Kem Sirusa (di kawasan Bagan Pinang) ialah sekitar 1,200 orang sahaja. "Daripada senarai yang dikeluarkan (SPR), memang 4,604 orang tetapi hasil semakan mendapati hanya 1,200 orang yang masih tinggal (di kem itu) dan kita akui 1,200 ini memang berhak mengundi. Tetapi persoalannya mengapa senarai itu boleh menjadi 4,604 orang," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Pusat di sini hari ini.

PAS bimbang mereka yang tidak tinggal di kem dibenarkan mengundi. SPR tidak perlu kekalkan nama mereka di mana mereka tidak lagi tinggal di situ," tegasnya.

klik di sini selanjutnya ..



Komen PB

Adakah PAS sudah lupa semasa PRK Prmtg Pasir, BN juga check nama -nama pengundi di peti undi Kg Cross Street iaitu satu rumah sampai 15 orang pengundi. Tuan rumahnya sendiri pun tak kenal nama-nama mereka ini yang menggunakan alamat rumahnya untuk mengundi di Prmtg Pasir .



Kini PAS pulak bimbang dan persoal pulak pengundi pos di Bagan Pinang yang tidak tinggal di kem tentera. Kenapa PAS tidak persoal pulak isu seperti ini di Prmtg Pasir dulu ?? Di kawasan kubu depa, mereka buat senyap dan bila mai di Bagan Pinang create cerita macam -macam kerana senang bila kalah nanti boleh bagi alasan ini .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.