1 Malaysia VS Pas For ALL

on Wednesday, October 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kelab Penyokong PAS (KPP) mahu kepemimpinan Pas mengotakan janjinya dengan menyegerakan langkah menaikkan taraf kelab itu sebagai sayap parti itu.

Pengerusi KPP pusat, Hu Pang Chow berkata beliau mendengar banyak rungutan dan kebimbangan di kalangan penyokong Cina ekoran kelewatan Pas merealisasikan hasrat tersebut.

"Saya mendapat maklum balas bahawa ia masih lagi di peringkat kajian. Kenapa lambat sangat.

"UMNO (bergerak) cepat dengan konsep 1Malaysia. Pas dengan konsep Pas untuk Semua, kita kena cepat. Masa tidak menunggu kita," kata Hu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebagai contoh, katanya, untuk memasarkan produk baru, seseorang peniaga tidak boleh menunggu selepas enam bulan untuk berbuat demikian.

"Apabila pasaran telah dipenuhi dengan produk yang sama, dengan kuantiti yang banyak dan berkualiti, sedangkan kita tunggu enam bulan, nanti produk tak laku.

"Semua orang merungut dan tertanya-tanya, sebab apa lambat (proses menaik taraf kelab). Kita mempunyai saingan iaitu dengan konsep 1Malaysia.

"Kenapa melengah-lengahkan, nanti produk tak laku," katanya lagi.

Hu diminta mengulas mengenai perkembangan terkini status KPP yang diura-urakan dinaiktaraf menjadi sayap parti.

Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan dilaporkan berkata, jawatankuasa pusat Pas komited untuk menaikkan taraf KPP sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Menurut Nasrudin lagi, kepimpinan pusat masih menunggu draf cadangan daripada jawatankuasa teknikal untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan.

Menurut Hu lagi, kali terakhir beliau mendengar berhubung status kelab tersebut ialah Ogos lalu, yang masih dalam peringkat kajian.

Beliau bimbang kelewatan tersebut akan membolehkan UMNO - dengan konsep 1Malaysia - berjaya memenangi hati rakyat berketurunan Cina untuk menyokongnya dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam perhimpunan agung UMNO, mereka telah mempromosikan 1Malaysia. Slogan itu berjaya menarik golongan bukan Melayu, terutama kaum Cina.

"Mereka tak sebut mengenai perkauman, tetapi lebih (tertumpu) kepada konsep 1Malaysia yang menekan keadilan kepada semua rakyat.

"Saya bimbang dengan kepimpinan Pas (masih) melengah-lengahkan menaik taraf kelab tersebut. Pas kena selesaikan tahun ini, sebab kita perlukan masa untuk meyakinkan orang dengan produk baru, iaitu sebagai satu dewan," katanya.

Hu menambah, kelab tersebut ditubuhkan sejak tahun 2004 dan diusulkan untuk dinaik taraf menjadi sayap pada muktamar Pas pada 2007. - malaysiakini


Komen PB

PB setuju dengan pandangan Muhkriz Mahathir yang memberi pandangan bahawa PAS kini semakin gerun dengan gagasan Najib iaitu 1 Malaysia malah UMNO baru sahaja melakukan pindaan perlembagaan parti. Daripada kenyataan Hu ini ,beliau sedar 1 Malaysia ini boleh menarik rakyat kepadanya terutama bukan Melayu yang merasakan 1 Malaysia memberi keadilan kepada mereka.

PAS FOR ALL lebih lama lagi berbanding 1 Malaysia tetapi sampai sekarang KPP diminta sebagai sayap utama PAS pun tidak boleh ditunaikan lagi . PB dapat lihat PAS cuba lengah-lengahkan perkara ini kerana ia mendapat tentangan dari golongan Pro Ulama yang tidak mahu jika bukan Islam ini setaraf sama dengan dewan-dewan PAS yang lain ,maka mereka ini boleh minta macam -macam seperti dipinda dasar -dasar dalam PAS atau minta jawatan besar seperti Naib Presiden serta AJK kerja Pusat PAS.

Kalau mereka ini menguasai pimpinan tinggi PAS, mana nak letak golongan ulama dalam PAS ?? PAS memang confirm tengah pening sekarang ini gara-gara ghairah ingin meraih undi bukan Melayu dengan slogan PAS FOR ALL tetapi akhirnya ia makan diri mereka balik .





One Response

  1. Anonymous says:

    ini bagaikan satu produk usahawan yang tidak berjaya.. atau tidak menarik minat siapa2 pun.. oleh itu alasan seperti biasa .. "masih dalam kajian" ... PAS memang sudah lingkup ....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.