Nizar tengok !! : Ayat Al Quran dipermainkan di pentas politik PAS !!

on Wednesday, October 7, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Kata orang PAS

"Tidak salah jika orang bukan Islam membaca ayat suci al-Quran ketika berceramah, ia bertujuan mengukuhkan lagi hujah, ayat Allah ini di mana tempat boleh baca." "Di negara luar orang bukan Islam membaca ayat suci al-Quran ramai, tetapi di negara ini mungkin agak asing. Pendapat menyatakan orang bukan Islam tidak boleh membaca al-Quran ini pemikiran lapuk." Salahudin Ayub Naib Presiden PAS

"Kalau silap (membaca al-Quran), orang yang mahir pun silap. Saya tak nafikan ada orang Melayu yang tak faham al-Quran. Dia (Nga) nak tunjukkan dia berusaha untuk memahami ayat al-Quran dan mudah-mudahan hidayah datang kepada dia. Datuk Mustafa Ali


Apa yang berlaku ialah intonasi dia dan cara sebutan tersalah. Itu bukannya isu besar…kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca dan terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai?,Bekas Persuruhjaya Pas Perak Ustaz Ahmad Awang

Sesiapapun boleh baca al-Quran sama ada orang Islam atau bukan Islam, dan al-Quran bukan hak orang Melayu atau orang Arab, Cuma bahasa al-Quran kebetulannya bahasa Arab, maka kelihatan ganjil jika ia dibaca oleh orang bukan Islam yang biasanya tidak tahu bahasa Arab,
Malah zaman Nabi Muhammad dulupun orang-orang kafir turut membaca al-Quran. Abu Jahal yang menentang Islam sendiripun boleh baca al-Quran, soal persenda atau tidak itu terletak kepada perspektif atau pandangan masing-masing,”Nik Aziz Nik Mat


Pandangan Tun M

"Dulu, Pas kata kalau bekerjasama dengan orang bukan Islam kita akan jadi kafir... sekarang ini bukan saja (Pas) bekerjasama dengan bukan Islam tapi dia (Pas) kata ternak babi pun takpa.

"Betullah dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi dan dia (al-Quran) tak kata tak boleh ternak... tapi kalau kita ambil tafsiran yang macam itu maknanya kita boleh ternak babi, kita boleh jual babi, kita boleh hidang babi dan kita boleh masak tapi jangan makan. (Adakah) kita nak setuju juga dengan orang (yang berpendirian) seperti ini,"
Tun Dr Mahathir



Kata pandangan ilmuan Islam

Pas seolah-olah turut sama mempermainkan al-Quran kerana membenarkan ahli politik bukan Islam menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah mereka.
‘‘Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini.

‘‘Kita perlu ingat bahawa al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al-Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria

" ‘Kita sebagai umat Islam perlu menjaga maruah Islam, jangan sampai meletakkan al-Quran itu di tempat yang rendah sekali. al-Quran sepatutnya digunakan oleh para ulama dan ilmuwan Islam untuk menerangkan keadilan, kesederhanaan dan keindahan Islam kepada orang bukan Islam dengan harapan mereka menerima Islam tanpa paksaan. ‘‘Tetapi bukan sebaliknya, iaitu orang bukan Islam pula merujuk pada al-Quran dan disampaikan pula kepada orang Islam. Itu sudah terbalik" , Datuk Noh Gadut Penasihat Majlis Agama Islam Johor

'Sebagai contoh dalam konteks Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang di sini. Suasana dilihat begitu kritikal kerana masing-masing mahu menang pada pilihan raya. Oleh itu semua pihak harus berhati-hati dalam memberi kenyataan.

''Jangan ada nanti mereka yang tidak faham Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat al-Quran ketika berkempen. Perkara ini amat sensitif kerana ia melibatkan kitab suci milik umat Islam,'' katanya. ''Saya juga amat berharap kempen yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen dilakukan secara sopan dan berhemah. Jangan membuat perkara-perkara yang keluar daripada landasan Islam kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah,'' Menteri JPM Datuk Jamil Khir Baharum



Komen PB

Oleh kerana Nik Aziz cakap Islam UMNO dan Islam PAs berlainan , maka orang PAS saudara seagama kita sanggup pertahankan dan biarkan orang kafir yang tak tahu apa pun tentang Islam mengatakan lawan politiknya itu sebagai kafir .

Begitu mudah orang kafir mengaburi mata ustaz2 pas dan maruah ayat suci Al quran dan agama islan dijual dengan mudah di pentas politik. Aku memang meluat betul dengan pemimpin pembangkang ini yang bukan Islam cukup ghairah menggunakan ayat al quran pada kempen PRK Bagan Pinang ini . Semua orang kenal siapa gobala ini ,seorang joker politik yang suka bikin gimik murahan dan provokasi seperti contoh membisik kpd Speaker Dewan Rakyat dan memukul polis ketika PRK Prmtg Pasir .Selain itu di dalam video ini kita boleh lihat video bagaimana Ustaz Badrul Amin,dengan bongkak & rasa ujub diri kononnya diri hebat sanggup mengeluarkan kenyataan mahu memancung kepala mufti.

Adakah dia faham ayat itu iaitu ayat surah Ali Imran ayat 54

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya"

Jika kita faham maksud ayat ini dan ditujukan kepada siap , Dia guna ayat Al Quran untuk hantam orang Islam .PB hairan mengapa puak2 kafir harbi ini masih berdegil dan mahu menggunakan ayat=ayat al quran walaupun Persidangan Mufti mufti Seluruh Malaysia pada bulan April dulu telah memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.klik di sini

baca di sini artikel menarik

PAS sanggup menjual agama untuk politik!
Nizar OII!! Ustaz Gobala Terus Berdakwah : Bila Nak Masuk Islam?


One Response

  1. Anonymous says:

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).” (Riwayat At-Tirmizi)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.