Zahid: Umat Islam tidak akan diam bila agama dihina

on Sunday, September 7, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PAS kenapa bisu dan buat pekak bila rakan anda RPK hina islam

BAGAN DATOH: Tindakan empat buah agensi Islam membuat laporan polis terhadap penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin adalah bukti umat Islam tidak akan berdiam diri dengan penghinaan yang dibuat terhadap agama itu termasuk melalui laman blog di internet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan membuat laporan polis itu amat wajar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ghazali di sini malam semalam, beliau berkata pihak yang menghina dan memperlekehkan imej Islam perlu dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara.

Beliau berharap tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa akan mencegah blog lain daripada menulis dan menyiarkan perkara yang menghina agama Islam.

Empat agensi yang membuat laporan polis semalam ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Laporan itu membabitkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" dan ulasan pada artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet" yang didakwa menghina umat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. BERNAMA

pejuang bangsa- Di bulan ramadhan yang mulia ini ada juga manusia melayu spt RPK menghina umat islam dan Nabi Muhammad. Umat islam di Malaysia sudah la dihina oleh Majlis Peguam dengan membuat forum memeluk islam kini ada juga manusia beragama islam menghina sndiri islam dan Nabi Muhammad. Kita selalu membantah kenyataan menghina islam dari luar negara tetapi di dalam negara sudah ada dan pasti akan ramai lagi akan muncul. Harap rakan2 saudara islam di dalam blog yang sayangkan agama suci kita bersatu untuk pertahankan agama kita ini .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.