Pejuang Umno Ahmad Ismail digantung keahlian 3 tahun

on Wednesday, September 10, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada partiparti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.

Hukuman itu adalah mengikut Perkara 20.9 perlembagaan parti, kata Abdullah, yang juga Presiden Umno, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat selama dua jam itu di sini hari ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos lepas dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

"Apa-apa jawatan yang dia (Ahmad Ismail) pegang sekarang ini yang bersabit dengan parti atau memihak kepada rakyat ataupun yang mewakili parti akan digugurkan," kata Abdullah, yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya jika ketua bahagian Bukit Bendera itu boleh merayu atas hukuman yang dikenakan, beliau berkata: "Biasanya semua ada hak merayu."

Kepada soalan lain jika tindakan akan dikenakan ke atas akhbar yang melapor kenyataan Ahmad, beliau berkata keputusan itu akan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Hal-hal yang berkaitan dengan akhbar, halhal yang berkaitan dengan tindakan orang yang di luar dari parti kita sebagaimana yang saya katakan tadi, ini tentulah sekali akan dibuat keputusan oleh jabatan-jabatan kerajaan atau kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan jabatanjabatan lain," katanya.
Terdahulu, sekumpulan 10 lelaki berkumpul di hadapan pintu masuk utama ke Menara
Datuk Onn hari ini dengan membawa kain rentang yang menunjukkan mesej menyokong Ahmad.

Mereka yang mengaku tidak mewakili Umno atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan berkata mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada Ahmad yang menghadapi tindakan disiplin oleh Umno kerana dikatakan mengucapkan kata-kata perkauman ketika kempen pilihan raya kecil Kepala Batas baru-baru ini.

Antara ungkapan yang terdapat pada kain-kain rentang yang mereka bawa ialah "Theresa Kok Celupar, Biadap, Kurang Ajar. Umno Jangan Takut, MT Pertahankan Perjuangan Datuk Ahmad Ismail, Kami Sokong Datuk Ahmad Ismail dan MT Pertahan Maruah Datuk Ahmad Ismail.


Pakar Tai Chi menang dengan mengugut Pak Lah yang lemah

AHMAD REDA ,TIDAK POHON MAAF

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Ismail, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun reda dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT).

"Ini adalah qada dan qadar Allah. Saya reda. Dalam politik ada pemimpin dan ada pejuang, dan sebagai pejuang saya sanggup terima semua risiko demi menegakkan perjuangan saya," kata beliau ketika ditemui pemberita sebaik diberitahu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tentang keputusan MT petang ini.

Menurut Ahmad, sebagai pejuang beliau tidak sekali-kali akan memohon maaf kerana bercakap tentang sesuatu yang fakta dan bukan satu penipuan.

"Tidak, tidak sekali-kali saya akan mohon maaf. Saya tidak melakukan kesalahan, fasal apa saya hendak minta maaf. Dan kerana itulah juga saya diambil tindakan oleh Umno, kerana saya bukan kaki bodek," tambahnya.

Sambil meminta semua penyokong beliau di Bukit Bendera dan di tempat-tempat lain agar bersabar dan bertenang, Ahmad juga dengan sinis mengucapkan tahniah kepada pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang telah "menang" kali ini.

Beliau mendakwa penyokong-penyokongnya telah pun mengatur 10 bas untuk membawa ahli-ahli Umno untuk menunjukkan sokongan kepada beliau di hadapan ibu pejabat parti hari ini tetapi berjaya beliau pujuk agar tidak berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ahmad mendakwa beliau adalah mangsa politik kerana Umno terpaksa mengambil tindakan terhadapnya atas desakan komponen Barisan Nasional (BN) walaupun ia satu keputusan yang sukar kerana beliau sebenarnya tidak melanggar sebarang tata etika parti.

"Bagaimanapun ini bukan bererti berakhirnya kerjaya politik saya. Tiga tahun adalah masa yang cukup panjang bagi saya mengukuhkan lagi kedudukan saya untuk saya kembali lebih kuat nanti," tegasnya.

Katanya, beliau juga akan cuba memberi penerangan kepada semua bahagian di Pulau Pinang serta di negeri-negeri lain bagi menjelaskan isu berkenaan agar ia tidak disalahertikan sehingga menjejaskan perpaduan parti.

pejuangbangsa- 3 tahun bukan satu tempoh yang lama ,saya harap Ahmad Ismail akan tetap berjuang untuk bangsa walaupun telah digantung keahlian UMNO .Jelas beliau adalah mangsa politik Gerakan yang cuba berlagak menjadi hero dalam isu ini.Ini adalah satu tuduhan yang serius ke atas Ahmad dan diambil tindakan oleh UMNO sendiri yang lemah kerana diasak oleh Gerakan dan MCA yang mununtut hingga memecat Ahmad Ismail . Pak Lah aku rasa tidak adil kepada Ahmad Ismail kerana beliau tidak mengambil sebarang tindakan pun kepada Gerakan kerana juga menimbulkan isu perkauman dengan membangkitkan pelbagai isu sehingga ugut untuk keluar dari BN.Pendek-kata, kita harus sedar bahawa tindakan Gerakan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang adalah juga mesej bahawa mereka hilang kepercayaan dengan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, ia-itu Abdullah sendiri.

Manakala, pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang yang diketuai Pak Rashid menyokong Ahmad Ismail sebagai mesej hilang kepercayaan dengan kemampuan Abdullah memimpin!

Isu begini tidak akan berlaku semasa kepemimpinan yang lepas. Ia berlaku apabila pemimpin menjadi lemah, tidak tegas atau tidak dihormati lagi. Demikianlah pada akhir-akhir pentadbiran Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

Abdullah Badawi sudah sampai ke penghujungnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.