Ujian Paling Getir buat Pak Lah

on Tuesday, September 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadapi ‘ujian’ paling besar dalam karier politiknya sekarang.

Sebagai seorang tokoh politik berpengalaman, tentunya beliau mempunyai cara tersendiri menangani isu ini tetapi sebagai rakyat dan penyokong kestabilan politik negara, rakyat mestilah bersama-sama Perdana Menteri kerana, hari ini beliau dilihat begitu ‘lemah’ tetapi jangan lupa, orang inilah yang pernah membawa kejayaan paling besar dalam sejarah BN, ketika keputusan Pilihan raya Umum ke 11, 21 Mac 2004 diumumkan dahulu.

Ketika beliau membawa kejayaan, semua orang mahu mengaku bahawa ‘inilah pemimpin kita’ tetapi apabila beliau dilihat membawa BN ke arah sedikit kelemahan, maka desakan peralihan kuasa berkumandang.

Apa yang menyedihkan, Umno yang selama ini penuh hemah ketika bercakap soal peralihan kuasa sudah bertukar menjadi ‘ganas’ dan tidak langsung beretika. Ketika BN kuat diserang musuh (baca: pembangkang), rakan-rakan Pak Lah dalam kabinet kelihatan tidak bersatu.
Kenapa jadi begini? Ia bukan terjadi dengan sendirinya tetapi kerana masing-masing ‘merasakan lebih senang menentang Pak Lah dari menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim’.

Itulah sebabnya, Anwar yang ‘menentang’ BN tidak diserang dan didesak, sebaliknya Pak Lah yang bekerja siang malam, membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, seperti manifesto BN dalam PRU 11 dan 12, ‘diancam’ dengan pelbagai ancaman.

Para anggota MT Umno sudah ‘kehilangan medan dan forum’ untuk bercakap, menjadi media massa sebagai tempat melahirkan pendapat masing-masing.

Padahal, MT Umno sudah membuat keputusan, yang dipersetujui semua bahawa Pelan Peralihan Kuasa berlaku 2010 dan Kabinet juga sudah dimaklumkan mengenainya.

Macam mana, selepas dua bulan bersetuju, tiba-tiba datang perkhabaran dari Singapura, mengatakan ‘fikirkan semula pelan peralihan kuasa’ ini, sedangkan yang bercakap isu itu adalah anggota cabinet, Naib Presiden Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Pemilihan parti?
Hari ini, beberapa bahagian dan ada di antara menteri yang sama-sama duduk dalam kabinet sudah menyatakan ‘persetujuan’ supaya ‘difikirkan semula’ pelan tersebut tetapi sedarkan mereka, selama ini rakyat hanya akur dengan apa yang sudah mereka (baca: pucuk pimpinan persetuji bersama) tetapi mereka pula ‘bergaduh sesama sendiri, sekarang!

Apakah akan menjadi tradisi Umno selepas ini, jika BN menang pilihan raya, PM adalah ‘pemimpin kita’ tetapi kalau ada kekalahan, PM mesti didesak undur? Idea siapakah ini? Adakah idea ini idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang cukup banyak mengkritik Pak Lah, disebabkan isu ‘jambatan bengkok’ hingga sanggup menjadi alat pembangkang.
Disebutkan sanggup menjadi ‘alat pembangkang’ bukan kerana dia berucap di pentas pembangkang tetapi ucapannya, dijadikan video untuk diedarkan kepada orang ramai, yang tentunya tidak menguntungkan BN dalam pilihan raya yang lalu.

Ketika Pak Lah sibuk mempertahankan BN, masing-masing yang berjawatan, sibuk merancang mahu bertanding jawatan apa dalam pemilihan parti. Cerita ketua bahagian tidak mengagihkan wang peruntukan pilihan raya, bukan rahsia lagi telah menjadikan sebab mengapa tiba-tiba keputusan pilihan raya ‘merudum’.

Masing-masing sibuk menudingkan jari kepada Pak Lah kononnya rakyat tidak menerima kepimpinannya lagi tetapi hakikat sebenarnya, muka-muka yang kalah… boleh mencerminkan wajah mereka sendiri, adakah rakyat menolak mereka atau menolak Pak Lah.

Hari ini, dalam bulan Ramadan, marilah kita fikirkan balik, apakah betul cara kita ‘berjuang’? Menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Umno, seorang yang cukup dikenali sebagai ‘amat baik dan boleh mengimamkan sholat’ dianggap sebagai ‘hero’ tetapi jika kita mempertahankan kepimpinan, kita dianggap ‘pengampu’?
Mari kita bertanya diri kita sendiri (baca: di kalangan menteri-menteri kabinet), tidak adakah silap kita sendiri menjadikan sebab mengapa BN mengalami keputusan kurang menarik dalam PRU 12? Siapa kita (baca: menteri kabinet) layan ketika sebelum PRU 12? Taikun,kroni, saudara mara dan kawan-kawan baik kita sentiasa ada masa kita menemui mereka. Sedangkan rakyat di bawah, kita lupakan mereka.

Masing-masing mencari kawan-kawan yang boleh memberikan sumbangan wang dalam PRU 12, tetapi kehendak rakyat, kita abaikan menyebabkan rakyat ‘menghukum’ BN. Mungkin rakyat mahu ‘menegur’ kepimpinan tetapi ‘terlebih’ tegur hingga menyebabkan beberapa negeri, terlepas ke tangan pembangkang.

Marilah bersatu – untuk berhadapan dengan msusuh sebenar. Dalam masa yang sama, kita kenal pasti musuh dalam selimut, yang duduk dalam BN tetapi siang dan malam hanya bercakap mahukan Perdana Menteri berundur, pelan peralihan kuasa dan tentunya mahukan ‘pemilihan parti’ dielakkan!

Mungkin kerana takut ‘kalah di peringkat Naib Presiden’, maka dibuat cadangan supaya ada Pelan Peralihan Kuasa segera, supaya ‘ada jaminan tempat’ bagi yang semakin ‘tersepit’.Jika kita mahu pelan peralihan kuasa disegerakan ,perlu juga perancangan untuk memulihkan semula sokongan kepada BN tetapi kalau tiada perancangan yang betul tiada guna juga Pak Lah melepaskan jawatan lebih awal .KLIK DI SINI

Ketua-ketua bahagian, perwakilan dan semua peringkat pemimpin Umno, jangan mudah terpengaruh dengan permainan mereka ini. Mereka hanya datang menemui ketua-ketua bahagian, perwakilan dan semua peringkat pemimpin di bawah, apabila musim pertandingan tiba.


p/s Inilah dugaan yang paling getir buat PAK LAH .Setiap hari kritikan,kata2 hina dan nista dikata kepada Pemimpin Melayu Islam ini dari luar dan di dalam UMNO sendiri. Saya rasa Pak LAh tidak perlu rasa beliau keseorangan ,jika beliau ditentang oleh orang kanan dan MT UMNO sendiri ,rakyat Melayu di ceruk kampung,pekan tetap dibelakang Pak lah ..Pak Lah tidak perlu takut dengan Anwar ,DAP,PKR dan mereka ini kerana masih lagi ada MELAYU YANG SAYANG AKAN BANGSANYA,AGAMA DAN TANAH AIRNYA ..TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.