UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak Lah dan Najib

on Wednesday, September 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KOTA BAHARU: Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir. Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.”Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya.

Di Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, ketika mengulangi sokongan Umno negeri itu terhadap pelan peralihan kuasa berkenaan, menyeru semua pihak supaya menghormati dengan ikhlas keputusan yang telah dipersetujui itu.

Katanya kesemua 13 bahagian Umno di Pulau Pinang juga mengulangi sokongan mereka untuk mencalonkan Abdullah sebagai presiden dan Najib sebagai timbalan pada persidangan perwakilan masingmasing bulan depan.

“Kami di Pulau Pinang sebulat suara terus mempertahankan kedudukan presiden,” katanya

p/s


aku setuju Umno PP menyokong dan mencalonkan Pak Lah dan Najib sbg calon Presiden dan Timbalan Presiden. UMNO PP adalah negeri yg harus di barisan depan menyokong Pak Lah dalam apa2 isu seperti ini .Kita tidak harus biar Pak Lah diserang dan ditekan oleh mana2 pihak terutama dalam UMNO sendiri yang mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan diri.

Tahniah kepimpinan negeri diketuai Pak Rashid ,dan ketua2 bahagian yg lain yang bersatu menyokong Pak Lah seperti Hero kita Ahmad Ismail,Syarif Omar,Musa Sheikh Fadzir,Ibrahim Saad,Zain Omar,Abd Jalil Majid terus menyokong dibelakang Pak Lah..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.