Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009

on Friday, September 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan.

Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan.

Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu.

Berdasarkan kepada keputusan yang dicapai oleh MT UMNO itu, pelan peralihan kuasa 2010 kini tidak lagi berbangkit kerana Abdullah menegaskan, keputusan menangguhkan pemilihan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.

Ditanya adalah itu bermakna pelan peralihan kuasa 2010 dikekalkan, Abdullah menjawab “Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."

Menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata, ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan berdasarkan peraturan-peraturan yang sepatutmnya dilaksanakan.

"Ini akan diputuskan antara saya dan Najib," jelasnya ringkas.

Beliau turut menjelaskan, peralihan kuasa lebih awal tersebut mempunyai kaitan dengan kerja-kerja yang seharusnya dilaksanakan.

"Semua ada hubung kait dengan kerja saya. Bila habis kerja saya habislah," katanya.

Namun dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa keputusan mengawalkan peralihan kuasa disebabkan wujudnya tekanan ke atas dirinya dariapda kalangan ahli MT.

"Tida ada apa-apa pada hari ini (desakan)... mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan tidak menunjukkan apa-apa sebab untuk memberi tekanan. Mereka juga tahu hubungan saya dengan Najib adalah satu hubungan yang baik dan apa-apa perkara pun, kedua-dua kami mempunyai persefahaman yang baik.

“Jadi tidak ada masalah yang patut timbul mengenai perkara ini," ujarnya panjang lebar.

Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan bertanding atau tidak. Abdullah berkata, keputusan mengenainya terletak di tangan beliau dan terserah kepada pihak lain untuk membuat nadaian masing-masing. – 26/9/2008

p/s ada pro dan kontra juga pemilihan UMNO ditangguh dan ia juga bersebab dilakukan .Apa komen anda ??


5 Responses

  1. wanbaki says:

    tunggu lah kemusnahan UMNO........
    Pak Lah merupakan manusia yang takut. Takut untuk menghadapi penolakan dari akar umbi.
    Apakah dia fikir dengan penangguhan ini akar umbi lebih suka? Mungkin orang akan akan lebih benci? Yang suka adalah MT pengampu, pembodek... mamang MT ni pembangsat BANGSA

  2. Anonymous says:

    pembangsat BANGSA tu bukankah Anwar Brahim Al Juburi...yg tekenal Seantero dunia dengan penipuannya utk tubuh kerajaan ilut pintu belakang....

  3. wanbaki ,jgn emosi sgt smpi kita warga UMNO hendak bertelagah .

    pembangsat adalah Anwar dan kita harus bersatu padu dan mengukuhkan UMNO menghadapi Anwar.

    sy rasa dlm newspaper mesti ada ulasan yg menarik dr pnganalisis politik mengenai kesan penangguhan ini .pendapat mereka cukup bernas kalau nak dibandingkan dgn MT semua sokong sebulat suara.

  4. mula2 saya pun tak suka penangguhan ni.
    Tapi setiap yang berlaku, ada hikmahmya..
    Dah nampak hikmahnya ;-)

    Saya jadi suka penangguhan ini :-)



    Teringat masa belajar,
    pensyarah beri masa 1 minggu je untuk minggu ulangkaji..
    kemudian dia anjakkan lagi minggu ulangkaji jadi 3 minggu :-)


    p/s: ramai student 'skor perfect' ;-)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.