TERKINI ! Mamak dikehendaki Polis ini pernah mengamuk di Piliharaya Permatang Pauh !

on Monday, April 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


GPB agak terkejut muka Tok Ayah Datuk Seri Ridzuan Sulaiman berasal daripada P.Pinang dikehendaki Polis untuk  membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.


Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Kalau dikehendaki POLIS untuk kes pencerobohan Lahad Datu ini kira besar la punya ceritanya .

 Walaupun dia bergelar Datuk Seri , Tok Ayah  ka , tindakan undang-undang wajib  dikenakan jika dia didapati terlibat sebagai DALANG & pengkhianat negara  .GPB yakin semua pertubuhan NGO Melayu seperti PEKIDA dan lain2   menyokong tindakan pihak Polis ini  .

Esok jam 10 pagi  dikhabarkan beliau akan menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi bersama peguamnya .



Untuk pengetahuan  ,  Mamak Datuk Seri  YDP Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan ini pernah mengamuk di Bangunan UMNO Permatang Pauh gara-gara pasal duit keselamatan ketika PRK Permatang pauh  . Habis masa tu kecoh dibuatnya bila mamak ini turun macam gangster  tuntut duit kepada UMNO Bahagian .





3 Responses

  1. Anonymous says:

    Puak-puak ni tak boleh pakai aih..kalau bab duit kawan pun sanggup bunuh..pegirahhhh

  2. betul sekali,,,,egois na orang orang ini,,,kalau bab duit nyawa pun tak ade harganye

  3. Anonymous says:

    Mana yang lebih berjasa. Tun M atau orang ni?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.