Jeneral ( B) Risik ATM belasah Ghafir PKR hina kelemahan perisikan negara #LahaDatu

on Wednesday, April 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail menyangkal keras dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid kononnya insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah akibat kelemahan perisikan negara.


Menurut Mohd. Salleh, sebagai contoh, sejak tahun 2000, kerajaan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melancarkan Operasi 'Padanan And Sipadan Island Resort' (PASIR) bagi memantau pergerakan lanun serta puak pemisah dari Filipina di pantai timur Sabah, hasil daripada maklumat dan amaran pihak perisikan.


Katanya, sejak 2005 hingga 2007 pula, pihak perisikan negara mengetahui bahawa Sultan Sulu mula mengeluarkan kad pengenalan Kesultanan Sulu serta merekrut lelaki untuk dijadikan anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu.


"Mereka (orang Sulu warga Filipina) sebagai ancaman kepada Sabah memang ada tetapi keutamaan kita sewaktu itu ialah menjaga perairan negeri itu supaya selamat daripada kumpulan-kumpulan lanun dan penculik.


"Tuduhan mengatakan tidak ada perisikan atau lemah tidak tepat kerana kita sudah ada segala indikator itu, tapi mereka rancang begitu rapi. Mereka mendarat bukan dalam kumpulan besar dan tahu ada sokongan rakyat tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panel 'Forum Keselamatan dan Ketahanan Negara' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Taman Melawati dekat sini semalam.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Panglima Medan Tentera Darat dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said turut menjadi panel forum tersebut.
Dalam pada itu, Mohd. Zaini berkata, tindakan Ghafir menggunakan terma seperti kelemahan 'perisikan taktikal' adalah salah kerana tindakan itu dilakukan hanya selepas wujud ancaman nyata daripada penceroboh iaitu setelah mereka memasuki Sabah.
"Selepas mereka masuk, para petugas risik kita mula mengumpul maklumat seperti berapa ramai kekuatan penceroboh, apa kelemahan ketua mereka, bagaimana mereka berkubu, bagaimana bentuk pergerakan, itulah perisikan taktikal yang dilakukan oleh perwira kita.


"Saya juga menyangkal keras dakwaan kononnya perisik kita tidak cekap, mahir atau terlatih kerana kalau mereka tidak cekap, bagaimana kita tahu kedudukan musuh dan sebanyak 67 pengganas telah dibunuh setakat hari ini?" skatanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.