D Mazlan imamkan solat hajat mohon keberkatan perjuangan BN #PRU13 #tolakPR @dzainalabidin

on Saturday, April 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Kepimpinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail terserlah apabila beliau mengimamkan solat hajat dan bacaan Yasin perdana di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong BN termasuk calon-calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ibrahim Ahmad; DUN Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dan DUN Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya.

Mazlan merupakan taruhan BN untuk menumbangkan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, majlis solat hajat dan bacaan yasin itu diadakan bagi memohon kepada Allah supaya memberkati perjuangannya dan tiga lagi calon BN di tiga DUN di kawasan Parlimen itu.

"Ini adalah salah satu usaha spiritual kita bagi menghadapi cabaran pada pilihan raya kali ini," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.


One Response

  1. Anonymous says:

    Beginilah cara untuk bertanding. Bermunajat bersama pengokong di Masjid, bukan di cafe atau kedai mamak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.