HOT! BEKAS PEMIMPIN PKR DEDAH ANWAR GOYANG BILA DR MAZLAN CALON BN #PRU13 #PG13 #TOLAKPR

on Thursday, April 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan terbaik apabila meletakkan Dr. Mazlan Ismail sebagai lawan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Zahrain berkata, Mazlan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri itu dianggap buku bertemu ruas apabila berhadapan dengan Anwar kerana beliau mengetahui 'selok-belok' sikap Anwar.

"Mazlan dahulu merupakan antara orang kuat Pas yang menyokong Anwar dan saya yakin dengan kesedaran yang ditonjolkan Mazlan, beliau mampu untuk menarik sokongan dalam kalangan penyokong Pas di Permatang Pauh.

"Jadi saya harap andai benar Anwar kononnya pemimpin hebat seperti yang dicanang sebelum ini, jangan lari bertanding di Parlimen lain," katanya selepas majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Bayan Baru dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung di Sungai Ara di sini malam tadi. - UTUSAN


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.