VIDEO: DR MAZLAN TERUS GEMPUR & TAWAN HATI RAKYAT PERMATANG PAUH #PRU13

on Tuesday, April 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Video Calon BN terus menyeru rakyat Permatang Pauh agar merampas balik hak kita yang hilang selama 15 tahun di tangan PKR & Anwar Ibrhaim .



  


 Rakyat di Parlimen P44 Permatang Pauh rata-ratanya tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tidak langsung berada di kawasan Parlimennya sendiri ketika kempen pilihanraya umum ke 13 berlangsung masuk hari kedua hari ini.

 Anwar dikatakan lebih mengutamakan pengundi luar untuk memastikan dia mampu menawan Putrajaya dan juga mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menumbangkan UMNO/BN selepas hari pengundian nanti. Calon UMNO/BN iaitu Dr Mazlan Ismail pula dilihat lebih mengutamakan pengundi tempatan dengan membuat kunjungan dari rumah ke rumah.


Malah strategi Dr Mazlan dianggap terbaik apabila beliau menumpukan rumah yang didiami oleh keluarga penyokong Pakatan khususnya Pas. Ketika Anwar lebih menumpukan untuk berceramah di Kuala Kurau Perak kelmarin, Dr Mazlan mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan rakyat di kawasan Kampung Tanah Liat yang merupakan kubu kuat Anwar.




 Kehadiran Dr Mazlan disambut dengan mesra serta beliau dilayan dengan penuh hormat memandangkan sifat beliau yang amat merendah diri. Selain itu juga, kedudukan Dr Mazlan yang pernah menjawat beberapa jawatan penting didalam struktur organisasi Pas telah membuatkan ahli serta penyokong Pas sendiri malu alah dengan beliau.

 Ketika ditanya mengenai tindakan Anwar yang tak peduli kepada rakyat tempatan, Dr Mazlan memberitahu.., “Sejak semalam Anwar Ibrahim tidak ada di sini. Kalau kita lihat sudah sepuluh tahun (sejak Presiden PKR) Datin Seri Wan Azizah, tidak bagi perhatian kepada penduduk di Permatang Pauh. Lima tahun Anwar memerintah pun sama.” “Dia tidak boleh buat begitu kerana 71,000 pengundi di sini yang mengundi dia,” katanya.

 “Dalam tempoh 15 hari kempen ni pun dia tidak boleh memberikan komitmen, malah lebih memberikan perhatian di kawasan lain,” katanya.

 “Kita akan berusaha untuk terus berkhidmat kepada penduduk di sini. Hanya orang kampung yang lebih memahami kehendak dan permintaan penduduk di sini.”

 “Menerusi tagline kami “BN Harapan Baru Permatang Pauh” dan “Undilah Orang Kampung Kita”, saya yakin BN akan menang pada pilihan raya ini,” ujarnya lagi.

 Sebenarnya tindakan Anwar ini memberikan ruang yang besar untuk Dr Mazlan menumbangkan Ketua Umum PKR tersebut di Parlimen Permatang Pauh. Jika pengundi sendiri pun Anwar abaikan.., apakah rakyat Permatang Pauh terlalu bodoh untuk mempercayai Anwar lagi? ~ MPP NEWS


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.