Kebodohan Mat Sabu tak faham apa itu MoU #tolakPR

on Tuesday, April 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion yang dimeterai dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) jika pembangkang menawan Putrajaya hanya menyerlahkan kedangkalan beliau dalam isu itu.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan perjanjian tersebut dimeterai antara syarikat-syarikat swasta dan tidak melibatkan kerajaan.


Beliau berkata, perjanjian itu hanya dimeterai di LIMA 2013 dan kerajaan tidak terlibat pun.


"Nampak sangat dia tidak tahu. Dia mahu membatalkan MoU itu kononnya tidak mahu bazir duit, tetapi itu perjanjian antara pihak swasta dengan swasta," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Klinik 1Malaysia di Taman Sri Temenggong di sini, semalam.


Mohamad atau Mat Sabu dalam ceramahnya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam kelmarin mendakwa, LIMA 2013 merupakan medan terakhir kerajaan 'mencuri duit rakyat' selain menyatakan sebahagian hasil urus niaga yang berlangsung dalam pameran itu akan menjadi milik pemimpin BN.


Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau yakin pembangkang tidak mampu menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa itu sekiranya menjadi kerajaan apatah lagi menarik pelaburan berbilion ringgit



4 Responses

  1. alsyabun says:

    memang dia macam tu.

  2. Anonymous says:

    Memang dia tak suka pameran aset perang.pasal dia kn sokong komunis

  3. Anonymous says:

    jahil sungguh mat sabu ni..patut tukar nama mat merapu saja.

  4. Anonymous says:

    Itulah standard Timbalan Presiden Pas. Kalau timbalan pun otak macam tu apa agaknya otak Naib Presiden dan jawatan bawahnya. Kalau otak pemimpinnya dah macam tu bagaimana agaknya otak pengikut-pengikut mereka? Cuba fikirlah sendiri!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.