Hot ! Ramai ahli PAS kecewa & merajuk Yusni AMat Piah ditendang di Sg Acheh

on Friday, April 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments







- Isu pertindihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh di sini antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rupanya masih belum menemui jalan penyelesaian.
Malam tadi, Pas Pulau Pinang menggesa pakatan pembangkang mengambil kira perasaan ahli-ahli sebelum membuat keputusan meletakkan calon PKR bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Penerangan Pas negeri, Bukhori Ghazali berkata, ini kerana sebagai sebuah parti dalam sebuah pakatan perlu wujud situasi 'menang-menang' kerana selama ini Pas menunjukkan kesetiaan terhadap pakatan.

Bagaimanapun, keputusan keras pucuk pimpinan yang mahukan calon PKR, Badrul
Hisham Shaharin atau CheguBard bertanding dan menggesa calon Pas, Mohd. Yusni Md Piah menarik diri telah mengecewakan ahli-ahli Pas.

"Kita menghormati dan berharap ahli Pas bersabar dan beri sokongan kepada calon
yang bertanding demi kelangsungan Pas," katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Pongsu di sini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Man mengakui wujudnya kekecewaan dalam kalangan ahlinya berikutan pengguguran Mohd. Yusno sebagai calon sehinggakan mereka menutup beberapa bilik gerakan di DUN Sungai Acheh.

"Saya tidak dapat bagi jaminan seratus peratus bilik gerakan akan dibuka semula kerana ada yang merajuk dan perkara itu akan diatasi,"ujarnya.

Beliau berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir di Pulau Pinang pada 28 April ini dan Presiden Pas itu akan memberikan penjelasan berhubung situasi di Sungai Acheh. - UTUSAN ONLINE


Komen GPB

Dikhabarkan ahli2 PAS ada peluru besar akan didedahkan untuk jatuhkan Chegubard tak lama lagi ..


6 Responses

  1. Anonymous says:

    MEMANG KAMI AGAK KECEWA. TAPI PERCAYALAH BAHAWA NEKAD DAN AZAM KUAT KAMI UNTUK MENUMBANGKAN UMNO TETAP MENGATASI SEGALA. DAN BILA PR MELANGKAH KE PUTRAJAYA, KEKECEWAAN INI AKAN PADAM SAMA SEKALI DAN DIGANTI DGN KEGEMBIRAAN BERGANDA KERANA BERJAYA MENUMBANGKAN REGIM YG ZALIM DAN KORUP. IN SYA ALLAH ..

  2. Anonymous says:

    Wow,perasan gila la mamat kat atas ni..tak usah temberang la..seandainye ditakdirkan pakatan menang, bertambah Kabut & berganda la kekecewaan Pas, kerana Pas umpama melukut di tepi gantang bagi Pkr & Dap..

  3. Anonymous says:

    Ya! Aku setuju dgn Anon 4.42, fokus & matlamat kita adalah kalhkan UBN.

    Jangan dok berebut, tamak & berpecahbelah atas perkara kecil & remeh temeh sekitar kepentingan puak, kumpulan atau peribadi mengikut telunjuk nafsu syaitan kerana menyebabkan kita hilang fokus, "lawan & kalahkan calun BN", Mohd zakaria tuu..

    ada pulangan yg lebih besar dari yg kau orang dok berebut tu .....

    PRU13...undi PR!

  4. Anonymous says:

    Cait...tipu la hang Anon 4:42...Apa tekad ahli PAS Sg Acheh? PKR perlu diajar kerna pengkhianatan ni.... pafam muka PKR...juah sgt masuk tmpat org

  5. Anonymous says:

    Apa yg zalim nya kerajaan skrg ni ye klau lh zalim tidak lh ramai org luar dtg cari krja kt sni cuma org yg tak bersyukur aje yg kata mcm tu kalau x suka ckp x suka dh lh jgn plak kate zalim maksud zalim tu truk sagat rasanya, tak apa pas ni dgn izin tuhan bila bn dh tewas pr plk mmerintah tau lh plk mcm mna ye klau truk dr bn kna lh cri pkataan yg lbih teruk dr zalim tu rasanya apa lh pkataan tu ye

  6. Anonymous says:

    Tumbangkan dulu Roket tu,...cuba tanya pada diri sendiri ni, kenapa ahli PKR Melayu tak masuk PAS???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.