Hadi dakwa Stopa Ali tak boleh melutut , video itu guna pelakon !! #spendastopa #PRU13

on Monday, April 15, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Bagaimana boleh Mustafa Ali yang ada masalah melutut atau sakit ketika berjalan turun tangga, adalah lelaki dalam video seks itu, soal Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang ditanya berkenaan video yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS itu berkata: "Orang yang buat video ini tidak tahu latar belakang Mustafa Ali. Bertahun-tahun dia sakit. Dia solat atas kerusi. Dia tidak boleh melutut kerana sakit.

"Lelaki dalam video itu adalah pelakon."

Hadi berkata pihaknya terkejut apabila melihat video berkenaan. Beliau menambah skandal video yang dikaitkan dengan Mustafa tidak akan menjejaskan PAS.

"Rakyat tahu. Ia tidak akan beri kesan negatif kepada kami, malah ia akan bantu kita beri lebih sokongan," kata beliau yang kini berada di Sarawak untuk lawatan dua hari.

Namun sehingga kini PAS menolak sebarang gesaan untuk membuat siasatan terperinci mahupun menubuhkan jawatankuasa untuk mengesahkan dakwaan itu sebaliknya menuduh ia fitnah yang dilakukan oleh Umno.

Khamis lalu, rakaman video berdurasi 11.28 minit dimuat naik di internet memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tempatan di bilik sebuah hotel.

Ini merupakan kali pertama pemimpin PAS dikaitkan dengan rakaman video seks.

Mustafa walau bagaimanapun menafikan beliau adalah individu berkenaan.


6 Responses

  1. Haram Undi PAS says:

    Hadi oii! lutut yang sakit bukan kote.

    Agak-agaklah kalau nak bela kaum pun.

    Jangan main fitnah UMNO saja. Tengok2lah dalam kelambu sendiri sama. Mana tau kerja Husam ka, Mat Sabu ka Macam-macam boleh jadi.

    Hadi oii hang pun sama macam Ajis, otak besi Al basi.

  2. Anonymous says:

    nak buktikan senang sja, lihat saja semasa sembahyabg boleh tak rukuk sujud serta duduk tahiat.ada sesiapa pernah lihat mustaffa ali sembahyang?

  3. Sheikh AlKelantani Alketumi says:

    Kah kah kah kah nak kata kenyataan tu datang dari budak kecil....nampak macam dah tua.......sudah-sudah la tu hadi ooooiiiiii beristighfar banyak2 jangan nak mengencing je kerja ...dah tak tahu mana pahala mana dosa ke....tu lah ikut lah Nik Aziz lagi.....Orang baca kitan Al Quran ekau baca kitab Al Konek

  4. Dimana kredibiliti seorang Tok Guru@Ulama kalau macam ni punyai perangai...setiap masalah yang berlaku terhadap mereka...alasan streotype...ada saja alasan tahap tadika..kononnya ilmu tinggi, tapi alasan yang diberikan terhadap apa juga masalah tahap jamban.....tunjuklah sikit anda seorang yang berilmu.....kalau macam ni macam mana nak perintah Malaysia......

  5. Anonymous says:

    Mintak mahaplah Tok Adi. Yang tersebar tu cerita orang "naik kuda". Tak nampak lak yang stuntman tu terjengkot-jengkot turun tangga macam orang sakit lutut. Nampak jalan laju je semacam. Lepas turun kuda, boleh lak tebar roti kirai lagi. tak nampak sakit lutut pun. Kik...kik....kik..

  6. Anonymous says:

    itu jer alasan dan fakta nyer?? .. perghh.. tak dapat diterima akal dan minda aku.. hahahaa... nak gelak pun ada... ahahahaha...tipikal..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.