Lajim bodek kuat, beli surat cinta Anwar RM 50 ribu !

on Sunday, September 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat ‘cinta’ yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.

 Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin. Antara kandungan surat cinta itu bertulis supaya Wan Azizah berhati-hati dalam memberikan makanan kepada Anwar dan menjaga anak-anak mereka.

 “Saya dah beri banyak barang untuk dilelong pada malam ini. Tetapi bila ditanya apakah benda paling berharga atau apa-apa yang dari penjara, lalu saya terfikirkan surat ini. “Minta maaf jika saya menangis. Tetapi semasa saya tengok surat ini pun saya sudah menangis.

Surat ini Anwar beri secara sembunyi dengan meletakkan di fail dokumen peguam,” kata Wan Azizah sebelum membacakan surat tersebut.KLIK DI SINI


2 Responses

  1. Jika betul bagai dikata, Anuar dan peguam telah melakukan kesalahan .. boleh buat repot polis tak ya?

  2. Anonymous says:

    apa punya bangang buang duit RM50,000 beli surat cinta sipenipu, RM50,000 tu kalau diberikan pada fakir miskin lebih baik.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.