Pemilik dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 mahu jual

on Sunday, September 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang pemilik dokumen asal Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditandatangani bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertarikh 31 Ogos 1957 ingin menawarkan dokumen itu pada harga RM55,500. Abdol Rahman Madlan, 30, dari Kampung Bakar, Kandang, dekat sini, berkata, dokumen itu amat bernilai kerana ia ucapan utama Allahyarham sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama ketika mengisytiharkan kemerdekaan negara.

 Menurutnya, dokumen mengandungi sembilan perenggan dalam tulisan Jawi itu antara lain menyebut negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka diisytihar menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

 “Memang berat hati menjualnya. Namun, bagi menyelamatkan warisan sejarah dan membolehkan generasi baru memperingati perjuangan Tunku Abdul Rahman, saya sedia menawarkannya kepada mana-mana pihak termasuk muzium.

watikah asal juga terdapat di Muzium Negara 

 “Saya mendapat pengesahan ketulenan dokumen ini daripada Arkib Negara dan ia sudah diawet supaya ia tahan lama sehingga tempoh lebih 100 tahun. Sempena sambutan ulang tahun ke-55 kemerdekaan Malaysia tahun ini, saya tawarkan ia pada harga RM55,500,” katanya.

 Kata Abdol Rahman, salinan asal dokumen yang dicetak Survey Department of Malaya dan masih disimpan dengan baik itu pada mulanya diwarisi arwah datuknya, Hasan Kasim dan kemudian diberikan kepada bapanya, Madlan Hasan, 63.

 “Hasrat saya ingin menjual dokumen ini bukan semata-mata kerana wang, tetapi mahu memelihara khazanah bernilai ini supaya individu yang layak saja memilikinya. “Insya-Allah, saya dan isteri mempunyai hajat untuk menyumbangkan 20 peratus daripada hasil jualan dokumen ini kepada rumah anak-anak yatim pilihan kami di Melaka,” katanya. Mereka yang berminat dan ingin membuat sebarang pertanyaan berkaitan dokumen berkenaan boleh menghubunginya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.