Video : Melayu bersatu demi pertahan Islam & Nabi Muhammad

on Friday, September 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





GPB ucapkan syabas kepada ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru  serta di seluruh negara bangkit membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

 Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.



 Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

 Van Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) menjadi paltform kepada pemimpin-pemimpin berkenaan menyatakan ucapan mereka yang diletakkan ditengah-tegah jalan berhadapan Masjid Kg Baru.



 Khairy Jamalauddin

“Kita bukanlah bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

 “Musuh kita bukan rakyat Amerika Syarikat…Musuh kita bukan rakyat Perancis….Musuh kita bukan agama lain. Hari ini kita jemput Kristian, Budhha, Hindu, dan lain-lain agama untuk bersama dengan kita.

Saya jemput kerana kita nak tujuk apa sahaja penghinaan kepada mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali. “Musuh kita adalah mereka yang buat kerja ini…..Buat filem ini..buat kartun berkenan..Kita menggesa kerajaan Amerika Syarikat walapun kita tidak memusuhi mereka, kerajaan Perancis walaupun kita tidak memusuhi mereka supaya segera mereka mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,“ katanya.

 Khairy seterusnya menegaskan Pemuda UMNO serta Pemuda BN mempunyai solidariti yang sama dengan Pemuda Pas yang turut mengadakan bantarahan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat. “

Kita mempunyai solidariti yang sama hari ini tuan-tuan…..Kita Pemuda UMNO, Pemuda BN bersama dengan Pemuda Pas dalam soal ini.

Kita tidak seperti rakan seperjuangan mereka DAP. Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa.

 “Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Tetapi hari ini tuan-tuan apabila ada parti politik Islam dan juga bukan Islam yang ingin berhimpun apabila agama Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa, ada yang kata orang Islam jangan buang masa, jangan buang tenaga.

 “Jadi tak payahlah Pas bersama DAP, lebih baik bersama kita. Kalau inilah jenis pemimpinnya. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya akan datang kalau mereka anggap kita buang masa, kita buang mereka,“ katanya.








Video yang dimuatkan di Buletin Utama TV3

 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.