Wartawan dedah 3 wajah Guan Eng dengan media untuk satu hari !!

on Wednesday, September 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hari sama, tempat pun sama tetapi ada tiga karektor menarik babitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Parlimen, Selasa. Maklumlah, Setiausaha Agung DAP itu jadi tumpuan media yang bertugas di Dewan Rakyat untuk follow up kisah beliau kena balun dengan timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman yang menuduh Guan Eng seorang yang hentam beliau.

 Rakaman audio itu yang didakwa dibuat pada satu mesyuarat PKR di Pulau Pinang pada 19 Mac tahun ini disiarkan dalam slot Buletin Utama di TV3 Isnin malam jelas kedengaran perkataan "sombong", "angkuh" dan 'tokong".

 Bukan itu sahaja, pendedahan rakaman suara hasil mesyuarat itu juga mendedahkan parti itu tidak mahu bagi peluang DAP menang mudah untuk bentuk kerajaan negeri dikuasai DAP tanpa bantuan PKR mahupun PAS. Bila diminta komen pasal pendedahan rakaman suara Mansor berhubung isu itu, Guan Eng ‘kelam kabut’ cuba elak soalan wartawan dan meluru keluar dari lobi parlimen.

 Senang cakap beliau tidak mahu ulas isu itu kerana katanya dah jawab sebelum ini dan tidak ada apa nak cakap lagi. Akhirnya beliau cuba salahkan wartawan pula yang tidak habis-habis mahu beliau komen isu itu. Kononnya desakan menjawab soalan itu tidak adil kepada beliau.

 Itu yang pertama tetapi yang kedua lain pulak bila Guan Eng diminta ulas gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam sidang media pada sebelah pagi supaya beliau memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud. Tengok sajalah gambarnya disiarkan televisyen jawab isu itu penuh dengan senyum lebar.

 Kalau nak jawab isu kena balun dengan Mansor, beliau buat ‘muka penat’ tetapi bila nak jawab pasal Ustaz Nasha, ahli parlimen Bagan itu siap tuduh Nasharuddin bersikap seperti ejen UMNO apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud. Baginya, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS .

 "Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula. "Mengapa sekarang (bila) tak jadi presiden PAS timbul masalah?," kata Guan Eng.

 Sebaliknya, beliau pula mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari UMNO berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud. Karektor ketiga Guan Eng masa bangkit membahaskan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi mengecam dan mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.

 Guan Eng berdiri dan hanya tunduk baca usul tunjuk sopan malah suaranya lemah lembut. Senang cakap, macam tidak ada apa-apa kesalahan dilakukan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang tweet perlekeh orang Islam yang berdemonstrasi bantah filem dan kartun yang hina Islam itu sebagai buang masa dan tenaga.

 Beliau siap kecam penerbitan filem itu tetapi peliknya bila minta umat Islam tidak memanjangkan perkara itu. Apa maksud beliau?

 Guan Eng sendiri kata, hari ini umat Islam diperlakukan macam tu, esok lusa mungkin agama lain pula. Bagus ayat dan kata-katanya mungkin nak tunjuk tepat gelaran Khalifah Umar Abbul Aziz yang diberikan PAS kepada beliau. Mungkin juga beliau takut ada ahli parlimen BN bangun mencelah dan balun pasal Ngeh tetapi beliau nasib baik kerana tidak ada yang berbuat demikian kerana khabarnya hendak tunjuk parlimen Malaysia sepakat kutuk penerbitan filem dan kartun itu.

 Moral pada cerita di atas nampak sangat bahawa manusia boleh berubah-ubah bergantung pada keadaan dan masa.

 Bila hentam orang lain memang sedap tetapi bila kena batang hidung sendiri jenuh nak bersilat dan kung fu.


 Tidak perlulah Guan Eng nak elak jawab isu beliau dengan timbalannya kerana ahli parlimen bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada jawapan.

 Isu pokoknya kata Wee, kenapa rakaman itu didedahkan kepada orang ramai atau kepada media dan siapa mendedahkannya. “Perkara ini dah disahkan dengan rakaman. Tak kan nak tuduh orang lain pula, UMNO ke macam biasa mereka buat?

 Jangan nak marah orang. Ini semua (pakatan) hanya untuk politik bagi satu tujuan ke Putrajaya, bukan nak bela rakyat. Sebab tu mereka berebut kerusi dan kuasa,” tegas beliau. Wee menegaskan, rakyat boleh nilai sendiri isu rakaman dan apa diperkatakan Mansor mengenai sikap sebenar Guan Eng. -25/9/2012-AGENDA DAILY 


One Response

  1. Anonymous says:

    Antara Rakaman Mansor Kutuk Guan Eng dan Rakaman Anwar kacau bini orang ketika jadi Timbalan Perdana Menteri, yang mana lebih hebat? Dengar keduanya:
    http://satulimatiga.blogspot.com/2012/09/suara-mansor-kutuk-guan-eng-tokong-vs.html

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.