3.6 juta Tweet Merdeka kepada PM dalam masa sejam ! #Merdeka55

on Saturday, September 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat.

 Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

 "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satumasa," katanya.

 Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam Jumaat. Beliau berkata, pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada PerdanaMenteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September ini.

 Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.