Puak mana yang salahguna visa umrah untuk buat haji ?

on Thursday, September 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Penyalahgunaan visa umrah di Arab Saudi oleh rakyat negara ini boleh mencemarkan reputasi negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dan negara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata perbuatan menggunakan visa umrah untuk mengerjakan haji di Makkah adalah salah di sisi undang-undang.

 "Rakyat negara ini sepatutnya faham dan mengikut prosedur ditetapkanjika mahu mengerjakan haji kerana ia melibatkan urusan di antara dua buahnegara. "Tidak boleh sewenangnya mengunakan visa umrah untuk mengerjakan haji,tindakan ini salah dan boleh dikenakan tindakan di Arab Saudi kerana visa hajidikeluarkan mengikut kuota yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

 Beliau mengulas tindakan 250 rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa diArab Saudi, bagaimanapun kesemua mereka telah dibawa pulang secara berperingkatyang berakhir semalam. Selain menyalahgunakan visa, mereka juga dipercayai melakukan kesalahan lain iaitu tinggal lebih tempoh dan ingin belajar sekolah pondok di Makkah selama lima tahun. Jamil Khir berkata perkara itu tiada kaitan dengan Lembaga Tabung Haji kerana ia melibatkan pakej umrah yang disediakan oleh agensi pelancongan.

 "Sebab itu saya nasihatkan jika mahu mengerjakan ibadat haji gunalah saluranyang betul, jangan gunakan jalan singkat yang boleh memudaratkan diri sendiridan juga orang lain," katanya. Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan singkat dengan tokoh ulama Salafi,Sheikh Abdullah Al-Jalaly dan mufti Masjidil Haram, Sheikh Suleiman As-Salumi dipejabatnya di sini. BERNAMA


One Response

  1. Anonymous says:

    SAPA LAGI YG BUAT VISA UMRAH NI, KEBANYAKANNYA PUAK2 PAS YG BANYAK BUAT PERKARA BEGINI.

    NAK AMIK JLN PINTAS, MENGADU KATA TABUNG HJ MEMONOPOLI, SBB TU MREKA BUAT LAGU NI. MREKA YG TERPEDAYA DAN MENGIKUT SARANAN PUAK2 NI BUKAN SAJA MENDAPAT MALU BAHKAN MENYUSAHKAN KERAJAAN. NAMA BAIK NEGARA TERCEMAR. NAK BUAT PERKARA BAIK DAN URK MENDAPAT PAHALA TAPI BUAT CARA NGAN MENIPU..MANA NAK BERKAT!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.