Tukar kerajaan kepada pembangkang bawa keburukan - Tun M

on Saturday, September 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara tidak semestinya membawa kebaikan malah boleh mengundang lebih banyak keburukan kepada sesebuah negara.

 Bekas perdana menteri itu berkata keadaan itu boleh berlaku sekiranya rakyat menyerahkan sistem pentadbiran negara kepada pembangkang yang hanya pandai menabur janji selain mengutamakan kepentingan diri daripada hal ehwal negara.

 Katanya pembangkang meminta rakyat melakukan perubahan dengan memilih kerajaan baharu dalam kempen mereka tetapi sebenarnya bukan betul-betul ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya ingin mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

 Dr Mahathir berkata demikian ucapannya pada majlis 'Sepetang bersama Tun Mahathir bersama pesara kerajaan Lembah Pantai' di sini Khamis. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

 Dr Mahathir berkata ada sesetengah pihak pula akan terikut-ikut dan percaya kempen pembangkang itu, namun mereka tidak sedar apa yang dinikmati ketika ini seperti keamanan dan kemakmuran negara akan hilang.

 "Tiada cara lain. Sebaik mereka mendapat kuasa, mereka akan melakukan segala apa yang mungkin bagi menghalang Barisan Nasional (BN) daripada mendekati hati rakyat. 

Biar kita menghargai perkara yang baik sekarang," katanya. Dr Mahathir berkata rakyat harus sedar mengenai kelebihan negara mengecapai kemakmuran sejak kemerdekaan 55 tahun lepas.

 Katanya, kejayaan pentadbiran kerajaan BN kini adalah hasil daripada kerjasama oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.