Kegiatan haram : Bukti Ronnie pernah ditahan polis

on Saturday, July 18, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




LAPORAN AKHBAR UTUSAN 3 NOV 2007:
AJK DAP ditahan ganggu tugas kerja penyitaan hotel

SUBANG JAYA 3 Nov. – Polis menahan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu ekoran tindakannya mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya di sini, semalam.

Ronnie, 49, yang menetap di Petaling Jaya Utara ditahan di Balai Polis Puchong dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, pukul 4 petang ini.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, tindakan penyitaan dilakukan oleh pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ini berikutan serbuan ke atas hotel itu yang membawa kepada penangkapan 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan, kelmarin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis terpaksa menahan Ronnie kerana keengganannya memberi kerjasama walaupun sudah lima kali diberi amaran dalam tempoh sejam.

“Pada ketika itu, terdapat kira-kira 15 hingga 20 orang dipercayai pelanggan berlegar-legar di lobi hotel itu, namun ia tidak mengganggu tugas pihak berkuasa.“Saya tidak tahu kenapa dia bertindak agresif dan membantah serta mempersoalkan tindakan pihak berkuasa sedangkan hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, hari ini.

Zainal menambah, polis akan berusaha mengenal pasti kaitan Ronnie dengan hotel itu sehingga beliau berkeras mempertikaikan tindakan pihak berkuasa.“Walaupun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis, kita boleh menahannya atau memanggilnya semula sekiranya perlu dalam tempoh 14 hari ini,” ujarnya.

Mengenai siasatan ke atas hotel dipercayai mengendalikan sindiket pelacuran itu, beliau berkata, polis sedang mengenal pasti dalang atau pemilik hotel yang mengetuai sindiket itu.
Ujarnya, pihak berkuasa sudah beberapa kali menyerbu hotel itu, namun gagal menemui apa-apa sebelum ini.“Kali ini, dengan kejayaan hasil risikan polis mengesan lorong rahsia yang banyak kali ‘menyelamatkan’ mereka, mereka tidak bernasib baik seperti sebelumnya,” katanya.- Utusan


Komen PB

Ini menunjukkan Ronnie ada hubungan dengan kegiatan haram nya sebelum menjawat jawatan Exco lagi seperti sekarang dan DAP berkuasa di Selangor. Pada tahun 2007 beliau tiada jawatan Exco pun tetapi sanggup terjun pertahankan hotel yang mengendalikan sindikit pelacuran . Minggu ini pulak Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor dalam hal-hal kerajaan tempatan dan kajian telah mengamuk di dua tempat. Pertama adalah pada hari mayat Teoh dijumpa. Dia cuba memasuki memasuki bilik yang tidak dibenarkan. Sila lihat detik-detik Ronnie mula mengamuk berikut:



Kedua, Ronnie dilaporkan mecahkan pintu masuk ke bilik mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang kerana tidak membenarkannya masuk melihat mayat. Pihak hospital hanya membenarkan tunang dan kaum keluarganya sahaja.



Mengapa Ronnie perlu mengamuk? Adakah dia betul-betul marah terhadap kejadian ini? Adakah dia sudah terasa panas hingga perlu melepaskan tension? Adakah ini hanya defense mechanism seperti yang ada dikatakan oleh seorang komentator blog The Unspinners? Kenapa Ronnie perlu lakukan sedemikian?


One Response

  1. Quran Dah Cakap dah says:

    Kisah sapi betina dalam surah Al-Baqarah....

    2 orang anak saudara nih...dok tunggu bila lah pak cik depa nih nak mati(lembat sangat nih..tua..tua dah..), lalu anak saudara itu bunuh dia supaya mereka mendapat harta pusaka.


    -Lalu mereka USUNG mayat itu, letak kat pintu rumah puak lain, kat kg seberang

    -Lalu, jadi TUDUH-MENUDUHlah, kata org kampung tu bunuh.


    -Kemudian , si PEMBUNUH itu pon, p lah jumpa nabi Musa a.s , kata orang kampung lain yang bunuh pak saudara itu.



    -Lalu, kata Musa a.s , Allah soh mereka sembelih lembu,dan kerat ekor atau ada kata lidah lembu itu, dan pukul pada mayat itu.


    -Dengan izin Allah, hiduplah mayat itu, lalu dia cerita saper yang bunuh dia,anak saudara SENDIRI yang bunuh.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.