Saya akan berlaku adil untuk semua kaum - Najib

on Tuesday, July 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersikap adil kepada semua kaum kerana ia adalah tuntutan dunia dan akhirat.

"Saya adalah perdana menteri untuk semua dan kita (BN) akan bersikap adil untuk semua kaum, kita tolong semua kaum, kita tolong orang Melayu yang miskin."

"Orang India miskin kita mesti tolong, orang Cina yang kita anggap kaya pun ada yang miskin dan kita tolong, orang Siam yang miskinpun kita tolong," kata beliau pada majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Jitra sempena lawatannya ke Kedah Isnin.

Katanya, walaupun beliau memperkenal dasar liberisasi ekonomi tetapi ia tidak akan menafikan hak kaum Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Beliau berkata, dasar liberisasi ekonomi itu telah memudahkan kaum lain menjalankan perniagaan mereka secara terbuka dan dalam masa yang sama kerajaan telah mencari mekanisme baru untuk membantu kaum bumiputera dalam perniagaan dengan memperkenalkan Equity Nasional Bhd (Ekuinas).

Sebelum ini, Najib mengumumkan penubuhan Equinas dengan modal permulaan RM500 juta untuk menumpukan kepada pelaburan dalam sektor-sektor dengan potensi pertumbuhan tinggi.

Najib berkata, sistem meritokrasi dalam perniagaan yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu mereka yang benar-benar layak untuk dibantu.

"Kita tarik balik pemberian saham IPO (tawaran awam awal) kerana mereka suka jual saham, siapa yang dapat dan jual saham itu? Tan Sri-Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk-datuk, tuan-tuan (orang biasa) tidak dapat saham IPO itu, berbilion-bilion dah dijual" kata beliau.

Katanya, kerajaan pimpinan beliau akan mencari kaedah baru tanpa memgambil jalan mudah untuk membantu rakyat.

Beliau juga berkata, Wawasan 2020 akan terus menjadi sasaran kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju.-13/7/2009

Link

Tiada jawatan kalau tak buat kerja - PM


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.