Berita Gempar PP : Ahli Majlis PBT PKR salahguna kuasa

on Saturday, July 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

GEORGETOWN:

Belum reda kemelut antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu pelucutan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dari parti DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan.Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.

"Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti “koboi” dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju."Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu," katanya.

Menurut Ooi, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan oleh MPPP pada 26 Jun lalu selepas pemaju projek berkenaan didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa menjalankan pembinaan.Beliau mendakwa sudah menerima banyak aduan dari penduduk di sekitar tapak projek pembinaan empat blok kondominium mewah itu yang menjalankan kerja melepasi had masa jam 6 petang tanpa kebenaran MPPP, pembuangan saki baki konkrit ke dalam parit berhampiran serta pembakaran terbuka.Katanya, beliau membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada MPPP, yang kemudiannya mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan perintah berhenti kerja itu."Apa yang buat saya marah dan kecewa selepas perintah itu dikeluarkan, ahli majlis berkenaan yang juga dalang besar sudah berjumpa dengan pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lalu bagi mendesak supaya tarik balik arahan tersebut," katanya yang enggan mendedahkan identiti ahli majlis terbabit.Jeff berkata, cubaan ahli majlis berkenaan seolah-olah menggadaikan kepentingan dan kesejahteraan hidup pengundi di kawasannya serta ia juga akan menggugat keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang.

"Cara dia akan buat rakyat hilang kepercayaan kepada kita (kerajaan gabungan) dan atas sebab itu, saya sudah hantar surat kepada kerajaan negeri berhubung tindakannya itu supaya satu siasatan dalaman dijalankan ke atas ahli majlis tersebut."Ini bagi memastikan dia tidak mempunyai sebarang "conflict of interest" sedangkan dia sudah melacurkan diri sebagai tukang lobi bagi pihak pemaju berkenaan," katanya.

sumber : Pemuda Nibong Tebal


link
Ahli MPPP PKR didakwa salahgunakuasa

Komen PB

Negeri CAT PP ini tidak habis-habis isu rasuah,penyelewengan,tanah ,dan kuari . Penyelewengan terus berleluasa di bawah kerajaan negeri yang menggunakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus . Telus macam inikah LGE hendak terapkan tetapi pemimpin2 PKR yang lain semakin rakus salahgunakan kuasa . LGE ini suka sangat mengutuk,menuduh apa yang semua berlaku ini kerajaan negeri dahulu yang buat walaupun sudah setahun lebih memerintah .Ini tidak pun terjadi di Kedah dan MB Kedah pun tidak pernah pun aku tengok salahkan kerajaan BN dahulu perintah. Tetapi di PP akhirnya apa yang dikatakan oleh mulutnya kini berlaku pulak di dalam kerajaan beliau sendiri .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.