Pas dibidas kerana tolak Pewaris

on Wednesday, December 31, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.

''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.

Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.

Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis mengenai penyerahan memorandum tersebut dua hari sebelumnya," ujarnya.

** PB merasakan Pewaris tak perlu la menghantar memorandum lain selepas ini kepada PAS kerana mereka kini bukan lagi hendak membela bangsa Melayu mereka sendiri tetapi mereka lebih suka menyokong NGO-NGO bangsa lain seperti Hindraf dan Jerit iaitu pertubuhan haram kerana atas dasar kepentingan politik Pakatan . Kalau dihantar memonrandum pun tentu mereka tidak ikhlas hendak menolong dan mungkin kena dibincang dulu dengan komponen Pakatan lain seperti hendak melaksanakan hudud dan Qisas.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.