Fitnah dah jadi perkara biasa bila ada pertandingan

on Sunday, December 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh Hassan Mohd Hussein (Sandakan)

MENUJU penghujung Mac 2009, di mana jawatan-jawatan penting dalam Umno dipertandingkan, akan menyaksikan semakin banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas ditaburkan oleh mereka yang ‘makan upah’ dari seseorang yang merasakan dirinya tidak mempunyai harapan untuk menang.

Paling teruk difitnah ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hingga kedatangannya ke IJN ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran mengikut nafsu penulis itu. Alhamdulilah, Khairy Jamaluddin sendiri sudah menjawab secara detail dalam lamanya www.rembau.net bagi memberi penjelasan.

Jika selama ini Khairy Jamaluddin seperti tidak mahu respon apa-apa dengan dakwaan dan fitnah yang dihalakan kepadanya, tetapi kali ini beliau bertindak proaktif.
Sebenarnya, sesiapa sahaja yang hendak bertanding, boleh menceritakan kebaikkan mereka sendiri dengan track-record yang sudah mereka buat. Tidak ada gunanya memburuk-burukkan calon lain hanya kerana kita tidak mempunyai apa-apa jasa dan sejarah yang hendak ditunjukkan.

Mereka yang menulis, apa-apa sahaja yang mereka tulis, bukan boleh dilupakan begitu sahaja. Semua tulisan mereka, perlu dipertanggungjawabkan. Jika mereka yang mahu menulis tidak bertanggungjawab, adalah lebih baik jika mereka mencari pekerjaan lain kerana menulis dengan tujuan memfinah, bukan kerja orang Islam yang percaya kepada dosa dan pahala.
Saya tidak mahu mengulangi fitnah yang ditulis penulis berkenaan di sini, kerana jika saya tulis semula apa yang ditulisnya, seolah-olah saya memanjangkan pula fitnahnya untuk bacaan ribuan pembaca yang tidak tahu yang mana benar dan yang mana tidak.

Oleh itu, apabila Khairy Jamaluddin membuat keputusan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, beliau tentulah sudah bersedia dengan serangan dan fitnah seperti ini tetapi, sebagai penulis, saya ingin mengingatkan rakan-rakan penulis yang lain, tidak kira di mana medan penulisan mereka, sama ada di lama-laman web, blog atau media cetak, ingatlah setiap tulisan kita akan dipertanggungjawab bukan sahaja di dunia malahan, di akhirat juga.


Kalau kita fikirkan semasak-masaknya, yang bertanding ini semuanya orang Umno. Sesiapa pun yang menang, mereka orang Umno. Yang kalah, pun orang Umno. Yang penting, Umno itu menang dan tidak timbul soal menang dan kalah setiap calon yang bertanding.
Kalau mereka faham semua ini, untuk apa berkempen dengan memfitnah? Apakah mereka yang mahu menawarkan diri kurang keyakinan untuk menang jika tidak membuat fitnah kepada saingannya? Dari tiga calon yang bertanding, masing-masing ada track-record. Khairy Jamaluddin dengan penglibatannya selama lapan tahun dalam Pergerakan Pemuda, empat tahun sebagai Exco dan empat tahun lagi sebagai Naib Ketua Pemuda.
Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula dengan rekodnya sendiri manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dengan rekodnya. Apakah jika tidak memfitnah, mereka tidak mampu untuk bersaing dengan Khairy Jamaluddin?
Saya kerap membaca laman-laman web mengenai politik dan saya dapat membaca pelbagai komen dan tulisan dengan bahasa yang cukup jijik dan kotor, selain fitnah yang mereka tabor dengan tiada langsung rasa bersalah.
Amatlah malang jika penulis yang menulis itu merasakan mereka seronok menulis dan membuat fitnah yang akhirnya akan menyebabkan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Seorang bekas wakil rakyat dari Selangor ketika dihubungi memberitahu, Dr. Khir Toyo ketika mula-mula menjadi Menteri Besar pernah berjanji akan mengadakan lawatan mengejut ke kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Selangor setiap Jumaat satu kawasan, tanpa memberitahu wakil-wakil rakyat kawasan tersebut terlebih dahulu, gagal memenuhi janjinya itu.
Menurutnya, bukan sahaja tidak melakukan lawatan mengejut seperti yang dijanjikan itu, malahan, selama menjadi MB Selangor, masih banyak tempat yang dia tidak sempat menjejakkan kakinya kerana kesibukannya melayan taikun-taikun yang mengila mahu membangunkan pelbagai projek di Selangor.
Tidak hairanlah mereka hairan, bagaimana Dr. Khir sempat menyolek wajahnya dari berkulit kehitaman menjadi keputihan selain kerap ke Australia kerana melawat anaknya yang belajar di sana.

“Saya percaya jika dia bijak menggunakan masa yang ada, tentulah dia sempat membuat tinjauan dan lawatan ke banyak kawasan di Selangor yang akhirnya menyebabkan rakyat menolak BN di bawah kepimpinannya,” kata bekas wakil rakyat ini lagi.


sumber : www.kpmu.net


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.