Adakah benar sokongan Muhkriz tidak luntur??

on Tuesday, December 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Sokongan kepada Mukhriz tidak luntur...

Penyokong Datuk Mukhriz Mahathir yakin bahawa sokongan bahagian-bahagian kepada ahli Parlimen Jerlun itu untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, tidak akan luntur walaupun pemilihan jawatan itu akan hanya berlangsung Mac depan.

Sehubungan itu, Pegawai Khas kepada Mukhriz, Amran Ali menolak tanggapan bahawa sokongan mereka kepada Mukhriz ibarat 'hangat-hangat tahi ayam' ekoran pelbagai isu yang melanda parti itu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

"Bukan berkurangan, tapi tempoh kempen terlalu panjang. Oleh kerana kempen terlalu panjang, maka akan ada keluh kesah dari kalangan perwakilan.

"Tapi di hujung (tarikh berkempen) akan ada sentuhan yang membolehkan kemenangan (berpihak kepada Mukhriz)," kata Amran kepada Malaysiakini.(SENTUHAN AJAIB @ HABUAN APA DI HUJUNG ITU ?? )
Selepas mesyuarat bahagian berakhir 9 November lalu, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno memperolehi pencalonan terbanyak di antara calon-calon yang layak bertanding jawatan tersebut.

Beliau mendapat 74 pencalonan, diikuti bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan 62 pencalonan dan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin (53 pencalonan).

Siri pertemuan

Mukhriz mendapat sokongan padu dari 14 daripada 15 bahagian di Kedah, Johor (13 bahagian), Pahang (8 bahagian) dan Negeri Sembilan (4 bahagian).

Amran berkata, Mukhriz sedang mengadakan siri perjumpaan dengan perwakilan dan akar umbi untuk bertukar-tukar pandangan bagi memperkukuhkan lagi pergerakan Pemuda Umno.

Beliau menolak tanggapan bahawa siri perjumpaan tersebut melanggar tata etika kempen yang dikawal selia oleh Majlis Tertinggi.

"Majlis pertemuan dengan perwakilan diadakan untuk berbincang dan bertukar fikiran, tanpa ada agenda dan kepentingan peribadi.

"Datuk (Mukhriz) menawar diri untuk berkhidmat (kepada parti)," kata Amran lagi.

Beliau berkata, pihaknya juga bertemu dengan golongan muda di peringkat bahagian bagi menarik balik sokongan mereka kepada pergerakan Pemuda Umno bagi memperkasakan lagi Umno.klik di sini

sumber:malaysiakini.com

ulasan PB

-Jika sokongan muhkriz tidak luntur walaupun menggunakan pencuci hebat Dynamo @ Kuat Harimau ,tetapi mengapa Muhkriz bulan lepas terdesak sehingga mahu menjadi Hero mahu menghapuskan aliran pendidikan SRJKC dan SRJKT ke sistem pendidikan baru .

- Yang pasti ,apabila Muhkriz ditekan oleh pelbagai pihak pastinya ada Bapa dia akan tolong di saat genting membantu anaknya. Sokongan besar dari bapanya yang seoerang politkus yang bijak cukup berpengaruh sekali dan mampu melenyapkan mulut orang dari mengkritik anaknya dengan strategi seperti contoh mahu menyenaraikan nama pemimpin UMNO dalam blognya yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan pencalonan lepas.


8 Responses

  1. r.k says:

    salam perpaduan~

    kenapa dikatakan terdesak?
    jika lihat dari segi positifnye~
    bukankah itu untuk menyenyapkan org2 bukan melayu yang sebok pertikaikan ketuanan melayu

    dan

    memperkasakan sendiri bangsa melayu

    atau

    langkah mewujudkan bangsa malaysia yang lebih efektif?

  2. Anonymous says:

    calon yg terbaik utk menang mestilah benar benar muda...

    biarlah menggambarkan istilah pemuda dan seterusnya memenangi hati anak2 muda kembali kpd umno bn

  3. Unknown says:

    Apa yang Mukriz utarakan bukan terdesak tapi sepatutnya untuk menyedarkan orang bukan Melayu....... tidak semua cadangan untuk tujuan politik peribadi.

  4. salam sdr,
    saya amat berharap agar sdr jgnlah taksub kepada kj sampai membuka kain sendiri.masing-masing ada pilihan hati tetapi jgnlah sdr memburukkan keadaan umno pada seseornag calon..sdr kena berfikiran terbuka, jgn kerana pemilihan umno kerana sdrlah umno akan jadi lemah...ada pi;ihan hati simpan dlm hati tak perlu kita burukkan seseorang didalm blog....

  5. Azizahns says:

    belum nampak apa yang kj buat di rembau. rembau pekan mati. walaupun berhampiran seremban.

  6. Azizahns says:

    cadangan mukriz sangat bernas. saya dah 20 tahun fikir kenapa sekolah masih diasing-asingkan. diperingkat sekolahlah proses asimilasi dapat dilakukan dengan berkesan.

  7. Azizahns says:

    tak faham kenapa orang melayu sendiri menentang???.

  8. saya rasa cadangan muhkriz akan lagi mengeruhkan keadaan dan kalau nak jadi hero untuk pemilihan pun cari la idea lain ka ..

    Sdr Shadan

    saya bukan taksub kepada KJ tetapi dengan keadaaan sekarang jangan cuba menjadi opportunist untuk kepentingan diri .. sudah lah jangan cuba membela Muhkriz ,penyokong anda sudah terlalu banyak memburukkan pemimpin UMNO sendiri termasuklah Muhkriz sendiri !! Bila ajak berdebat cukup penakut ,tetapi tulis surat suruh PM letak jawatan pandai pulak berani ...INI BERANI PENAKUT!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.