Kapten Zahar memang patut keluar UMNO

on Thursday, December 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Saya tidak terkejut mengenai berita Kapten Zahar ini keluar UMNO malah Good News for UMNO !! .

Tindak tanduk beliau sejak akhir-akhir ini dan isu surat oleh beliau ke PM yang mengatakan berlaku penyelewengan pembelian helikopter yang dapat kepada Eurocopter memang kita sudah nampak kebenarannya sehingga beliau digantung 3 tahun keanggotaan oleh parti . Kritikan beliau kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sendiri menunjukkan beliau tidak puas hati dan kecewa kerana gagal mendapat kontrak membekal helikopter dan dijaja ke seluruh negara cerita ini hingga PAC melakukan siasatan dan tiada berlaku penyelewengan pun.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.

Dalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi UMNO yang didakwanya membuat keputusan dengan tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.
Katanya, PAS dan UMNO adalah sama tetapi PAS lebih baik dari UMNO yang pernah beliau sertai sejak 26 tahun lalu.

Ditanya kenapa beliau memilih PAS dan bukan PKR, Zahar berkata, PKR bukanlah parti yang memperjuangkan Melayu. Tetapi pendapat saya PAS dan PKR sama sahaja kerana sekarang mereka dalam Pakatan Rakyat dan apa keputusan dan perlaksanaan hendak dibuat perlu merujuk parti dalam Pakatan dan Anwar Ibrahim tentunya. PAS sudah bersekongkol dengan DAP dan bagaimana mereka hendak membela Melayu dan di Perak sendiri DAP dan boneka mereka Nizar tetap bertegas mahu memberi tanah percuma di kampung-kampung baru walaupun melanggar Kanun Tanah Negara dan MTN juga telah melarang baru-baru ini.


lihat ceramah Gobalakrishnan menghina Islam dan orang PAS cuma gelak sahaja..


4 Responses

  1. Taminsari says:

    Salam...

    Untuk cerita yang lebih menarik boleh lawati blog Abe MIE kita..

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    Wassallam

  2. Unknown says:

    Siapa sahaja akan diterima PAS walau da hampir expired.

    kesian kerana PAS sangat berbangga dengan orang seperti ini..

  3. Mr Joker says:

    penting sangat2.

    Klik sini : http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-untuk-semua-bloggers.html

  4. Anonymous says:

    Pemuda Islam Perak

    Salam!!

    Kesian dgn penulis blog ni, saya nasihatkan sila rujuk manifesto pas-pkr perak seblm PRU 12 aritu, dalam tu tercatat janji untuk memberi tanah kampung baru, DAP tak buat manifesto pun, tp bila pilihanraya depe menang paling banyak, jd depe ddk sekali dalam k'jaan.

    saya nak tanya napa umno marah sangat kat MB nak beri hak milik tanah kat kmpung baru cina, depe dah ddk situ puluhan thn, bkn bagi tanah kosong, tp tanah lot yang sudah didirikan rumah, tapi masa Umno dulu kome tukar beribu ekar status tanah melayu, bagi kat bangsa lain, tp tak ada satupun tanah melayu yang di beri kat bangsa nonbumi zaman MB ni.

    apa bezanye tanah yang depe dah ddk puluhan tahun tu, samaada kita bagi hak milik atau tak beri hak milik, kita bukan bagi tanah kosong, tapi tanah yang dah ada rumah. fikir2 lah, takkan nak roboh rumah depa nak buat pejabat Umno kot...

    bawah ni saya ambil petikan dari blog MB perak

    http://kamparinn.blogspot.com

    Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang diterajui oleh Pas telah menganugerahkan 11 hak milik selama-lamanya untuk kampung baru Kuala Rui, Grik baru-baru ini. Terdapat 134 kampung baru seperti ini diseluruh negeri Perak (yang terbanyak di Malaysia).

    Janji menganugerahkan tanah kediaman sahaja bagi kampung-kampung Tersusun (RPT) dan kampung-kampung Baru dibuat dalam tawaran PRU-12, hanya oleh Barisan Alternatif (PAS + PKR) dan bukannya oleh DAP. Bahkan DAP tiada membuat sebarang tawaranpun kerana tidak berkeyakinan boleh menang PRU-12 bagi seluruh negeri Perak.

    Namun setelah bergabung (BA + DAP) bagi membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 9 Mac 2008, maka kerajaan PR (DAP, PKR dan PAS) menunaikan janji tersebut disamping janji-janji yang lain yang termaktub didalam tawaran asal BA, yang mana menjadi tanggungjawab kerajaan PR untuk memenuhinya. Ketika itu diluaskan tawaran ini sehingga merangkumi kampung adat orang asli juga.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.