Mengapa Muhyiddin, Dr Hassan Ali, Khairy hadir rumah Ustaz Nasha hari ini ?

on Sunday, May 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini. Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

 Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.



 Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik. Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.- Bernama


Komen GPB 

Macam ini  la  seorang pemimpin ... tengok  pemimpin UMNO , walaupun berlainan ideologi politik  mereka tetap hadir sebagai tetamu ke rumah kenduri pemimpin PAS iaitu Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Bukannya macam segelintir ostat2 PAS yang sampai hari ini tak mahu jejak kaki ke kenduri rumah orang UMNO  sebab mereka dianggap kafir kerana menolak Islam .  Cukup -cukup la nak taksub tu ...PAS la ni pun dah kawan dengna kafir DAP sampai boleh benarkan baca Al Quran lagi ..





11 Responses

  1. Anonymous says:

    hoho..lawak komen bwh

  2. Anonymous says:

    pok nik tok mari ko..? ko dio tok ingak...? tokke nyanyok.. doh.. umur mudo lg ke...

  3. Anonymous says:

    " Cukup -cukup la nak taksub tu ...PAS la ni pun dah kawan dengna kafir DAP sampai boleh benarkan baca Al Quran lagi ..

    statement yang lain ok. tapi statement ni memang statement bodo, awat hang ingat al-quran bapak hang punye ke... jumud sungguh... takkan kafir tak bleh baca al-quran....kalau tak baca macm mana depa nak tahu kandungan al-quran....dah lah hang tak bac..orang lain baca..hang marah....bodoh sungguh

  4. Anonymous says:

    Anonymous says:
    May 21, 2012 1:30 AM

    " Cukup -cukup la nak taksub tu ...PAS la ni pun dah kawan dengna kafir DAP sampai boleh benarkan baca Al Quran lagi ..

    statement yang lain ok. tapi statement ni memang statement bodo, awat hang ingat al-quran bapak hang punye ke... jumud sungguh... takkan kafir tak bleh baca al-quran....kalau tak baca macm mana depa nak tahu kandungan al-quran....dah lah hang tak bac..orang lain baca..hang marah....bodoh sungguh"


    kalau depa org kafir baca al- quran dan terus bersyahadah mengaku kebenaran al-quran dan keesaan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah..... TAKBIR bro....

    tapi org2 kafir baca al- quran utk tujuan politik, memecahbelahkan org2 islam sendiri.... kita takebeer la bro....

  5. Anonymous says:

    sekarang baru terjadi demikian,, bagus ler, tp dulu tidak pun,, bila Nasharuddin keluar dr pas baru ada pemimpin lain dtg rumahnya, dulu tidak, sama dgn ustz. Hassan Ali,, fikir-fikirkan lah,, agaknya ada agenda ke? kalau tak pun sebagai melawat org mukmin... jangan mudah percaya dunia politik.

  6. Anonymous says:

    ?????????

  7. Anonymous says:

    Ostad ostad Pas kepala dalam ada batu

  8. Anonymous says:

    Ostad ostad Pas,kepala ada batu jugak

  9. UMNO kalu nak muzakarah dgn PAS, minta ustaz nasha dan harun din aje bincang..pemimpin PAS lain dah kena cucuk idung dgn anuwar. Kalu anuwar dan azmin kata , jgn dtg majlis...confirm pemimpin PAS x boleh dtg sbb Boss dah bagi arahan

  10. Anonymous says:

    -----Anonymous says:
    May 21, 2012 12:24 PM

    sekarang baru terjadi demikian,, bagus ler, tp dulu tidak pun,, bila Nasharuddin keluar dr pas baru ada pemimpin lain dtg rumahnya, dulu tidak, sama dgn ustz. Hassan Ali,, fikir-fikirkan lah,, agaknya ada agenda ke? kalau tak pun sebagai melawat org mukmin... jangan mudah percaya dunia politik.------

    bila org kerajaan, artis, org umno , org BN join PR ustaz2 dlm PAS kata depa ni dah berubah, jadi baik.....

    tapi bila org2 PAS, kawan2 anugerah tuhan keluar parti ustaz2 pas kata ada udang disebalik batu, dapat habuan juta2 ringgit.....

    takebeer.... takebeer.... takebeer

  11. Anonymous says:

    yang pasti ada jemputan..tak taulah kalau ada yg saja2 tak malu datang nak makan free..he..he..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.