Dr Maszlee tentu bengang kenyataan Ku Nan ini !

on Thursday, May 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Cadangan agar diadakan debat terbuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak perlu dibuat. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap bahawa perdebatan bukanlah jalan penyelesaian dalam merungkai pelbagai masalah sebaliknya pendekatan Perdana Menteri yang lebih gemar turun padang dan menyelami kehendak rakyat diaplikasikan untuk pengurusan dan pentadbiran negara ini. 

“Apa yang jelas, tindakan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan debat sebagai jalan menyelesaikan masalah adalah sesuatu yang tidak logik untuk dilakukan dan tentunya sebagai pemimpin berjiwa besar saya fikir tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri menerima cadangan tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.

 Semalam, perdebatan telah berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin dan diakhir kesimpulan, moderator debat itu, Dr Maszlee Malik mendesak debat diadakan antara Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 “Pada pandangan saya, Perdana Menteri tidak perlu melayan tuntutan sedemikian apatah pula dengan ketua pembangkang yang seringkali melihat kepada sudut negatif semata-mata untuk menjatuhkan kerajaaan yang telah memajukan negara.

 “Berdasarkan beberapa siri debat yang telah berlangsung sebelum ini didapati bahawa ia lebih cenderung untuk dimanipulasikan oleh pihak pembangkang selain memainkan emosi tanpa menggunapakai ilmu yang ada.”

 Beliau turut mengingatkan bahawa perdebatan yang dibuat ini adalah ikutan daripada budaya politik di Amerika Syarikat dan Eropah yang berbuat demikian menjelangnya pilihan raya Presiden mereka.

 “Kenapa kita mesti terikut-ikut dengan acuan dari Barat sedangkan kita sendiri mempunyai sistem pentadbiran yang lancar dan berpandukan kepada demokrasi terpimpin,” tegasnya.

 Dalam masa yang sama beliau turut membidas pakatan pembangkang yang seringkali mencari populariti dengan melakukan provokasi dan cuba ‘membuang masa’ kerajaan termasuklah mengusulkan debat dibuat sedangkan keutamaan adalah rakyat dan negara.

 “Sebagai pemimpin yang amanah dan melaksanakan tanggungjawab tentunya Perdana Menteri lebih mengutamakan kehendak rakyat keseluruhannya daripada memenuhi tuntutan segelintir pembangkang yang kerapkali lebih bersifat provokatif.

 “Ini bukanlah perkara baru kerana umumnya, penerimaan ikhlas kerajaan akan dijadikan satu permainan sebagaimana perpaduan dan muzakarah yang turut disensasikan sebagai satu isu atas tujuan mengekalkan populariti pemimpinnya yang tenggelam kerana gagal dalam pentadbiran,” katanya lagi. Tegasnya, pihak pembangkang hanya tahu memanipulasi isu dan melakukan provokasi kepada kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

 “Pembangkang gagal melakukan kebajikan dan kemajuan kepada masyarakat dan lantaran itulah mereka tiada punca untuk dicanangkan selain daripada mencari kesalahan dan memanipulasikan kepimpinan UMNO/BN.”

 Jelas beliau, sewajarnya bukankah lebih elok jika pakatan pembangkang bersikap adil dan bertanggungjawab lantas menumpukan kepada pembangunan di negeri yang mereka kuasai berbanding melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya dibuat. – MediaUMNO


Komen GPB 

Kalau Dr Maszlee syok sangat debat politik hentam orang  ...kalau anak jantan bertanding dalam PRU 13 ..tak kira tiket PKR -PAS -DAP ...

Nak debat  sampai  malam boleh ...  jaja  lah debat ala Amerika atau UK ka yang  hang banggakan itu  semasa berkempen PRU  nanti ..

Aku nak tengok boleh menang tak politik acuan Barat untuk hang nak jadi Wakil Rakyat ..hahaha ..



9 Responses

  1. Anonymous says:

    setuju

  2. ali says:

    takut cakap la... alasan.

  3. Anonymous says:

    haha. kalau ko btl mcm mana pembangkang boleh manipulasi. nape xkorang manipulasi gak. dah xde hujjah xbolah la nak manipulasi ye. hujjah ko dah basi.

  4. Anonymous says:

    Debat anwar sama umi hafilda..amacam?? Takut cakap la..Alasan!!

  5. Anonymous says:

    Ezam & Umi menunggu.. Tun M dh sedekad menunggu.. Ada bran? Ada teloq pliaq ka xdak?

  6. Anonymous says:

    Apa yg akan blaku selepas debat,adakah pembangkang akan bsetuju dgn kerajaan atau sebaliknya?..lebih baik debat di parlimen sekurang2nya sesuatu akan thasil

  7. Anonymous says:

    pembangkang biasa la cakap pandai tapi habuk pun x da...sama dengan janji2 pilihanraya cakap berapi tapi habuk pun x ada....itu sebab dia suka sangat debat ni sebab dia orang habuk pun x rak...modal air liok ye....

  8. Anonymous says:

    saya cabar Anwar bertanding lawan D.Seri Najib di PRU nanti ini sajalah jalan utk menyingkirkan P.M. kita.Ada berani?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.