Kapal terbang terbesar dunia Airbus A380 Malaysia Airlines di KLIA

on Thursday, May 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ketibaan Airbus A380 dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS).
Pasukan MAS yang terdiri daripada eksekutif tertinggi mereka sehingga kaki tangan dan anak kapal berdedikasi telah berkerja 24 jam untuk menerima penghantaran pesawat penumpang terbesar dunia ini.
Pada 3.55 pm, pesawat itu akhirnya tiba di KLIA, dengan sambutan meriah pekerja MAS.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, yang mengetuai penerbangan pertama superjumbo itu selepas menerimanya daripada pengeluarnya di Toulouse, Perancis berkata kehadiran kumpulan pesawat A380 akan memberi MAS laluan kukuh untuk menawan semula hari-hari kegemilangannya.
"Kumpulan A380 akan menjadi yang terbaharu di rantau ini. Kami juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya adalah lebih baik daripada pesaing kami," kata beliau ketika ditemubual dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang.
"Kami sangat mahu menjadi yang terbaik di rantau ini lagi dan kami sedang berusaha keras dengan kedua-dua inisiatif jangka panjang dan jangka pendek, untuk mencapai objektif ini," katanya.
Dengan objektif yang telah diatur, Ahmad Jauhari, dengan pasukannya mengambil waktu yang panjang untuk memeriksa pesawait itu bagi memastikan semuanya sempurna.




Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air.Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar40 kali 87 inci.
Pengurus Kawasan UK & Ireland MAS Yuzrizal Mohd Yousuf berkata laporan itu sebagai salah satu daripada inisiatif untuk meletakkan kembali kedudukan pesawat itu sebagai pendahulu dalam pasaran premium.
"Dengan A380 baharu itu, kami menjangka sekurang-kurangnya 3,000 tempat duduk tambahan akan dijual pada tempoh Julai/Ogos. Permintaan bagi tempat duduk pesawat A380 adalah tinggi, dan kini, dengan hanya satu bulan sahaja lagi, angka kami menunjukkan bahawa 80 peratus daripada tempat duduk yang ditawarkan telah dibeli," katanya.
"Ini adalah petanda bahawa pesawat baharu ini akan meningkatkan reputasi MAS yang telahpun dipandang tinggi oleh pasaran UK sebagai salah satu pembekal perkhidmatan penerbangan terbaik," tambah beliau.
Beberapa hari akan datang adalah amat penting bagi A380 itu kerana ia akan menjalani latihan penuh dengan ratusan kakitangan dan anak kapal MAS akan terlibat dalam program penyesuaian dan penerbangan ujian yang akan merangkumi semua aspek penerbangan daripada daftar masuk sehingga ketibaan.
Pesawat ini akan kembali ke Toulouse untuk kemasan terakhir pada 6 June, dengan warna dan hiasan korporat MAS yang baharu dan semua perkara teknikal akan diselesaikan.Kemunculan komersil pertama superjumbo itu ditetapkan pada 1 Julai dengan perkhidmatan KL-London tiga kali seminggu (MH002/MH003) sebelum memulakan penerbangan harian pada Ogos.
Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA


Komen GPB : Cantik ...harap suatu hari nanti dapat naik ..hehe


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.