Tun Mahathir nasihat Melayu P.Pinang jadi kuasa penentu politik PRU 13

on Monday, May 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dr. Mahathir memberitahu, orang Melayu di Pulau Pinang hidup seperti golongan minoriti kerana mereka tidak mampu hidup selesa berbanding kaum lain disebabkan hasil pendapatan yang kecil.

Kata bekas Perdana Menteri itu, beliau khuatir keadaan tersebut akan merebak ke negeri-negeri lain jika orang Melayu tidak berbuat sesuatu.

Sehubungan itu, jelasnya, orang Melayu perlu memainkan peranan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menentukan calon yang tepat untuk diundi.

"Meskipun orang Melayu kini berpecah kepada tiga parti iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka masih boleh memainkan peranan dengan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum nanti.

"Sebagai contoh, jika calon-calon MCA dan DAP bertanding di satu-satu kawasan, kita (orang Melayu) perlu bijak untuk menentukan siapa yang menang supaya kita boleh mendapat manfaat daripada pilihan kita itu," ujarnya.UTUSAN 



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.